[special entry]

Hmm..asalnya hari ni, nak buat entry dengan guna bahasa ‘aku’ je. Rindu nak guna. Dalam blog ni jadi sopan-santun le pulak. Sebab rasa terkilan dan geram. Tapi, agaknya perasaan tak stabil tu, dah kata bukan-bukan, Terguriskan hati orang juga. Jadi saya buatlah special entry ni sebab saya mugkin dah terasakan orang. Walaupun tidaklah berniat!

Semalam, tatkala pulang ke asrama, jam menunjukkan pukul 12 pagi kalau tak silap, saya terdengarlah karya saya di on airkan. Huu~ karya pertamaku di on airkan. Wah, rasa di hargai! Terima kasih NasyidFM!!!! Walaupun selama ni saya suka menulis, cerpen, sajak, pantun, puisi dan baru-baru ini berjinak dengan novel (dah lama sebenarnya, cuma setiap kali habis tulis saya buang), tapi kali ini baru saya berani publishkan ke khalayak ramai. Selalu setakat koleksi peribadi. Habis tahun, buang. Rugi sungguh tidak menghargai.

Aduhai, mungkin sajak yang satu ini ketika saya reka hati saya baca dengan nada berlainan, dan bila terdengar, jadi lain pula. Itu mungkin satu kemungkinan. Tapi, masih tersengih mendengarkan bait-bait ayat ke udara. Walaupun udara tetap sama tiada beza, tapi tetap di panggil ke udara. hmm~ Pelik amat! Hee~ Kata mak, ayah, kawan, sahabat, kakak, adik, pak cik dan makcik, saya ni sangat teliti. Bahkan cerewet pula. Kalau apa-apa perkara yang menarik minta saya, saya akan teliti hingga sekecil kuma. Kata merekalah. Tapi, kalau ikut saya, tak adalah. Tapi mungkin juga. Dah jadi perangai saya, mana saya tahu iya ke tidak. Itulah peranan orang sekeliling. Menilai dan menegur. (Selalu saya tanya soalan ni kepada budak kecil..”kak huda comel tak?” Tau apa jawapannya?? Rahsia..hahahha..kanak-kanak tidak berbohongkan?

Erk! Special entry terkeluar tajuk kejap.  Tadi duk sibuk menaip soalan itu ini, mengedit form research begitu begini, terpandanglah icon encik pengurus NasyidFM, Firdaus. Otak yang tepu ni, release jap ngan berborak. Lalu icon encik hebat ini saya click, saya lupa ntah apa saya tulis mula-mula sampailah saya bergurau tentang pitching sajak tu. Hajatnya saya ingin berbicara secara santai, tapi lama-lama dah macam tegang. Saya sedang berborak dengan manusia baik, adui..sudah jadi lain daa. Silap besar tu. Patutnya biar je lah orang nak baca macam mana pun, asal di baca. Tapi itulah, sifat buruk perangai teliti yang satu ni, habis jadi haru. Dengan orang lain tak apalah, ini dengan Encik hebat ni. Aduhai! Huda…huda..kamu ni, selalu benar mencipta silaplah.

Dari saya berniat nak memuji dah tersasar. Malas nak tulis, cerita tak baik jangan dikenangkan..heee~jadi..

Saya dedikasikan ucapan ini khas untuk Mr. Firdausz (rasanya dulu ada dah sekali dedikasikan terima kasih pada DJ Faizal dan DJ Haz One)..

Sungguhlah saya tiada niat, saya hanya ingin bercerita mulanya, tidaklah sangka sampai jadi agak hangat. Kalau Encik perasan tulisan Infinity 😉 writing a message dan Firdausz NasyidFM is writing a message tak berhenti. Macam berlumba siapa nak tulis dulu. Jarang terjadi ni-_-“. Macam tak nak mengalah. Macam nak berlawan siapa tulis paling laju pun ada. Hahaha..lawak sungguh! Tapi, tidak bagus diamalkan. Tidak baik untuk kesihatan juga. Aduhai~

Jadi, Entri khas ni saya memohon maaf secara terbuka..(erk! terbuka ke?) =P. Seriuslah Huda! Saya dengan ini memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata yang mungkin kasar dan mengguris hati. Sungguh memang tiada niat, dan sekadar ingin berkata perkara yang terkhilaf sedikit di dalam hati. Harap Encik dapatlah memaafkan keterlanjuran budi bahasaku ini ya. Peace!!! 0.oV

Soooorry ya! =)

Ok, habis cerita special entry tu..buka cerita hari ini pula ya! =)

Perkara yang menjadi terguris sedikit hatiku ini kerana meeting tadi. Haish! Esok, melihat tapak pameran research. Esok proses angkut-mengangkut. Esok juga, di tarining untuk 15 Jun ini. Kemudia lusa ke Besut sekali lagi untuk rehearsal. Semoga berjayalah. Kalau dah perlu berjumpa orang besar especially menteri, biasalah kalau kena rehearsal lebih masa, kan?? =)

Tidak megapalah. Sebab saya seronok. Cuma yang tidak seronoknya begini. Ketika kami mendapat tawaran, kami disuruh menjadi pembantu penyelidikan dengan mengambil data. Tetap, bila diarahkan disini, pencari test dan mengujinya. Doii, kami bukan mengambil master lagi. Baru tahun satu menganjak ke tahun dua, itu satu hal. Kami juga mana pernah buat research, apatah lagi cari test yang sesuai dan diuji. Masalahnya, test yang kami cari tidak ada indikator kalau di tahap ini bagaimana, bagaimana dan bagaimana. Kamu bukannya tahu apa. Sudahnya ayat yang diberi. Kamu buat yang mana kamu rasa ok. Yang boleh di pakai. Ergh! Manalah kami tahu boleh ke tak! Dan tadi, memang dia marah. Kata DR. sepatutnya kami harus ada 100 test lagi.

lagi bengang! baru dapat berita, dua direject! argh!!! wawawaaaaaa T-T

Sabar ajelah. Saya ni pula, muka yang tak reti menipu. Kalau saya marah, walaupun saya tersenyum muka saya tak mengatakan itu. Bukan itu saja, sbimbanglah perkataan yang keluar makin dahsyat, lalu saya tak ke lab. mencari test di dalam bilik. Mujur ber wireless..kalau tak saya tidur lagi bagus. Hahaha..sabarlah! Ini yang menyebabkan saya nak pergi PPMS. Waa..biarlah tak dapat gaji dah, dapat pun dikatakan makan gaji buta..sedih sungguh hati. Terguris juga. Huu..~ Biar je lah. (sudahnya orang lain bertungkus lumus di lab, saya balik. jahat kan? T-T)

Ni nak guna ‘aku’ pula!

Semalam, adalah mamat dari planet Zargus mana telefon aku pukul 3 pagi. Memang kurang kesopanan sungguh! Aku baru je terlelap pukul 0230! Dahlah esok tu aku ada meeting yang mengguris hati. Aku cakap elok-elok tak dengar! Memang kepala batu tahap apa ntah. Pulak tu banyak songeh. Aku explain, ni pagi buta. Orang ada waktu ketika tidak boleh dihubungi. Aku letak telefon malas layan, berunlangkali juga dia call back. Dari aku cakap lembut-lembut, terus jadi naga. Sombonglah, itulah inilah. Memang menguji kesabaranku yang amat tipis. Aku tak boleh off telefon, takut esok pagi lewat bangun. Takut juga dalam terlewat tu, ada call in yang macam biasa berlaku. Kalau aku ni unreacheable waktu diperlukan, memanglah tidak patut! Last-last aku biar dia berborak sorang-sorang macam orang gila, sebenarnya aku letak telefon kat tepi. Tidur lagi baik! Tapi, sakit hati! Dia rasa tak ada org jawab soalan dia, dia call balik. Argh! Ntah merepek merapu meraban ape aku pun lupa. Kalau aku ingat pun, tak ada kerja aku nak retype! Sudahnya kredit dia habislah sudah. Dan, pagi tadi dia tak berhenti bermesej, walaupun tak ada balasan, dia teruskan mesej. Aku pun tak faham. lantak engkaulah mamat. Susah-susah aku spam je no tu. So far so good. Dia berhenti. Kalau malam ni dia buat hal, memang aku spam!

Aku ni sensitif la semenjak dua menjak ni PM syndrom kot.. dahlah bibir kena ulser besar gila. Sedih sangat! Pedih..isk..isk..isk..Aduhai!

Hee, mujur Ika sampai. Dialah teman aku kat bilik. Walaupun dia buat kerja lain, aku buat kerja lain tapi aku happy! Hee~ Ika memang best!! (Jangan perasan melebih pulak ye!) Tengah aku menaip test dengarlah dia di katil bawah (duk katil atas sebab dekat sangat ngan kipas! Mau tercabut paru-paru aku! Hee~ Tu yang masyuuk!) Dengarlah dia duk panggil suruh dengar lagu Jepun yang best. (Jiwang je padahal!) Snowlah, itulah, cinta bak salji dan entah apa-apa lagi) Hahahaha..otak dah semput, layan jelah! Hee~

Saya ni romantik-hahaha..ganas je! Semua pun cakap macam tu. Tak ada perasaan juga. Tapi tak mengapa, hati saya hanya saya tahu! Kan huda?

Hmm, ini lirik lagu tu. Bacalah! Bak kata ika menyetuh perasan. Saya tak tahulah kat mana yang di sentuh tu sebab saya tengok tak ada perasaan yang bertandag! Huu..~ Video? Internet ni kalau lawan ngan kura-kura. Kura-kura yang menang. Bayangkanlah!

 

Ueda tatsuya-love in snow

 

Setsunakunareru kaerimi  chi itsumede tsutsukuno

Will this painful road to return continue forever?

Kokorono tsukima wo umete kureru yuki

The crack in my heart is filled up with snow

Itsumo minareta fuukei ni kimiga irudakede

In the scenery, I’ve grown used to seeing, you all that’s there

 Mitakoto no nai machi ni miete kuru

Visible in the city I’ve never truly looked at before

*Chorus

Kanawa nai koi da to

Even if my wish for love doesn’t come true

Shitemo kimi ga suki desu

Still, I love you

Aitai…..aitai….

I want to see you…I want to see you….

Sore dake wo nozomimasu

That is all I wish for

Ateru omoi wo,anata ni todokemashyo

I will send these overflowing feelings for you

Shiroi yuki ni komete

Placed inside the white snow

Shizukani foru yuki wa Dareka no

Because when the snow softly falls

Ai no kotoba dakara

It brings somebody’s words of love

*             

Yaga te yuki ga yande

Before long the snow will stop

Hikari ga sashite

The light is rising

Tsuuji aeru nodeshyo

Will you understand the message?

Watashi wa itsumo. Miagateru

As for me, I’ll always looking up to see

Yamu hazu no nai yuki wo

The snow that will no cease

 

 …Aitai to all readers!! Daaa~ =)

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 12, 2008.

2 Respons to “[special entry]”

  1. akhirnye lagu fav ak msok dlam wordpress y sedg bkembg nh!!!
    wlopom ak jarg2 je bkak (bukak bile ad gmbr ak,nme ak retc y ad sgkut paut ng ak)
    so khud…pepaham je la
    jom lyan megavideo.com(coz youtube xleh bkak dcni)hammpehhhh
    layannnnnnnnnnnn

    aku tak layan cite2 jiwang po mu nih! muahaha..sorry to say la. Aku rock!!! hee~

  2. rock kunun..!!!
    simpn air mate dh tu nk tgok onelitretears..
    kite tgok ar nt

    so far so gud, tak tertitis lagi setelah dua episod. Cume tersentuh tu adelah! Aku crybaby, ika. Tapi bukan cryfim! Heee~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: