dalam doamu…!

Terasa ingi menulis lagi. Sekarang jam menujukkan hampir jam 0830. Masih belum mandi juga masih belum bersiap. Mood yang sekejap ada, sekejap tidak. Secara tidak langsung, hari ini antara hari berjaya mencipta sejarah. Hahaha.. tahu mengapa? (antara pagi sepanjang cuti yang saya tidak tidur pagi..hehehehe) =P

Entah nak kata apa. Test bahagian saya, pada pengamatan saya sudah siaplah kot. Jadi saya agak rileklah sedikit. Diulangi, sedikit. Tapi, buat masa ni saya memang berlakon relek sepenuhnya. Masih di rumah Azah, selesai menjemur baju..bahkan selesai main dua games yang tidaklah berjaya memecah rekod. Apa-apa sajalah.

Semalam, sahabat saya, nadiah ada menghantar emel, sebenarnya membalas emel saya yang lepas. Ketika itu, dia datang melawat saya di kampus. Membawa perkhabaran yang dia akan menunaikan umrah dalam masa terdekat. Dia bertanya saya ingin mengirim doa apa ketika dia di sana. Saya memandangnya, pastinya saya sudah mempunyai doa itu. Cuma saya tidak ingin luahkan secara lisan.

“Nanti aku emel. Kalau aku bagitahu, kau lupa pulak,”

Dia mengangguk, dan semalam dalam kotak inbox emel saya tertera tulisan sebesar gajah,

“Mana doanya?”

Dan saya membalas cepat, beginilah lebih kurang bunyinya,

“Nad, masa kau ada kat sana doakan untuk sahabat kau ni, bertemu jodoh secepat mungkin. (sebenarnya saya tak pasti ayat ini =P) Kau doa juga, kalau sekian bin sekian adalah lelaki yang terbaik untuk aku, terbaik untuk agama aku, terbaik untuk dunia aku dan terbaik untuk akhirat aku, moga akulah wanita yang tercipta dari tulang rusuknya, ibu kepada anak-anaknya. Jadikan juga dia ayah kepada anak-anak aku, lelaki yang membimbing aku ke syurga. Dan, kalau dalam takdir DIA, dia bukan yang terbaik untuk aku, jauhkanlah dia dari aku. Lupakan dia terus dari ingatan aku, terus…langsung tidak. Dan kurniakan yang terbaik selepas itu. Biarkalan aku redha dan sabar. Doakan juga aku berjaya dalam setiap lapangan yang aku ceburi, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat kau,”

Tahu Nadiah membalas apa?

“Betul rupanya kau suka dia,”

Itu juga entah, jarang saya berasa begini. Ketika zaman meniti alam remaja, saya hanya ketawakan perasan ini. Pada saya ini hanyalah minat, kerana banyak juga manusia saya minat. Seawal 5 tahun, bahkan seawal mengenal dunia. Ibu ayah, senior yang kacak ketika berumur enam tahun, cikgu saya dan entah siapa-siapa lagi.

…Namun kini saya mengerti cinta dan minat tidak sama. Ingin memiliki dan ingin dimiliki juga tidak pernah akan serupa…

Ketika itu juga, dalam meniti proses transition mengenal manusia bernama kaum adam, saya juga ketawakan rakan-rakan sekeliling bahawa saya mencintai manusia yang satu ini. Mengapa? Saya tidak tahu mengapa. Dalam hati kerap berkata, takkanlah begitu, takkanlah begini. Sekali lagi. Entah? Benarlah kata pakar psikologi, manusia ditahap ini sedang dan selalu melalui hidup yang sungguh konflik dan mencari identiti.

Berbalik pada cerita saya, tatkala mula mengenal erti pengenalan begini, hati terusik. Salahkah? Tidak. Namun cara berdepan dan cara mengawal konflik dan perasaan itu tidak tepat. Juga dalam erti kata lain yang paling hampir, tidak betul langsung. Hanya satu barangkali yang betul. Saya memilih menolak perhubungan walaupun pada asasnya, hati sudah terpaut, akal sudah memilih setia. Kerana, menolak dosa..(kononnya), dan pada masa yang sama masih ‘bersama’. Sekali lagi, kononnya!

Benarlah, cinta itu buta. Dan saya juga buta. Dek menjaga setia (perwatakan saya sebagai ESFJ juga menyatakan begitu) saya terlupa seketika bahawa manusia sifatnya berubah-ubah. Hari ini mungking begini, esok tidak pula. Lusa mungkin kembali semula begitu, namun kerap juga tersasar. Itulah manusia, yang saya terlupa seketika akannya. Saya tidak menyalahkan sesiapa, kerana saya juga begitu. Cuma untuk masalah ini. MUNGKIN tidak.

Pengalaman mengajar erti kehidupan. Sakitnya ditinggalkan Dalam mencari perjalanan pulang, saya berusaha kembali mencari impian semula, mencari dia layaknya. Kecewa dan gembira silih-berganti. Banyaknya pada kecewa. Gembira kerana penerimaannya semula, kecewa kerana dia juga memiliki hubungan perasaan yang berlainan, bahkan dengan orang berlainan. Dan saya akan terus bertanya, saya siapa?

Maka, memilih untuk menjauh. Siksa. Itu benar. Tapi itulah hati. Bila sudah terlalu suka, segala yang benar didustakan.

 …kasihilah insan, kau kasihi seadanya. Kerana mungkin kelak, kau akan membencinya pula…

 Namun dalam kes saya, saya yang dibenci.

 Masih ingat lagi, saat-saat memilih cuba melupakan terus. Saya tahu itu sukar, dan saya juga tahu saya tidak penah mampu.3 tahun bukan singkat untuk melupakan. Tapi apalah ada pada 3 tahun kalau saya perlu turuti kekasalan merindui seumur hidup? Pokok pangkalnya hati. Sudah jatuh tergadah, bukan tidak boleh bangun dan teruskan melangkah? Kan?

Tersenyum sebentar melihatkan column-column yang tertampal kukuh pada dinding katil saya. Column itu perlu di tanda ‘ya’ jika saya berjaya tidak menyebutnya dalam sehari. Dan sebaliknya, jika tidak. Nampaknya selama dua bulan saya berjaya. Walaupun kalau mengikut kiraan hati, saya gagal. Tak mengapalah. Itu juga satu langkah. Dan langkah itu juga berjaya.

Namun, semenjak kebelakangan ini, bau kegagalan makin hampir. Aduhai. Dek kerana tangan gatal scroll kesana kemari, click di situ, di sini terjumpalah perkara yang selama ini saya ‘puasa’. Kecewa teruk juga melihatkan itu. Terjumpakan satu hubungan yang saya tidak pasti apa, namun kedua mereka berkait rapat, terlalu rapat dengan saya. Dengan permasalahan ini. Tumpah lagi air mata.

Hati, tabah kamu! Selama ini berjaya, saya tidak akan siakan! Biarlah, pasti yang terbaik menunggu saya. Allah telah janjikan kepada yang berdoa. Juga DIA tidak akan menguji saya dengan perkara yang saya tidak mampu. Saya harus tersenyum dengan dugaan ini, kerana saya sedang disayangi DIA. Bahkan mengajar saya betapa saya kini sudah berubah sering mengingati DIA. Positifnya tetap ada.

Sungguh. Saya tidak akan melupakan kebaikannya merubah saya. Menjadi gadis rajin bertahajud (sekarang ni makin kurang -_-”), menjadi gadis yang berpegang kukuh pada harapan, menjadi gadis yang sering cuba positif, menolong saya begitu begini. Terlalu banyak. Cuma saya harus melangkah dan bertatih pada jalan yang paling selamat sekarang. Paling selamat. Walaupun dia akan berfikiran yang saya hanya mencarinya ketika susah, biarlah. Kalau dia tak faham pun, biarlah. Hati dan perasaan terlalu unik, sukar difahami dan sukar juga dimengerti. Biarlah. Saya rela dia berprasangka buruk begitu. Biarlah.

Cuma saya berharap, akan ada ruang saya jelaskan mengapa saya mengambil langkah begini. Secara jujur, saya rela tinggalkan sebentar segalanya yang saya impikan andai itu akan menyebabkan jatuh kecundang. Biar pahit ini saya telan dahulu. Moga buahnya manis kelak. Derita tidak berpanjangan bukan? =)

Tidak mengapa. (Bukankah saya menunggu doktor..? Hahaha. Inilah lawak yang selalu saya ajukan bila ditanya begitu begini..hehehe. Sebab bermastautin area hospital, doktorlah jadinya. Kalau area pusat pengajian kejuruteraan, mungkin jurutera pula. Hahahaha. Realitinya, hati saya tiada siapa yang tahu!)

Deru ombak, pecah berderai…

Mengulang pantai datang dan pergi,

Begitu kasih insan diibaratkan,

Bagai ombak merubah pantai…

Tika kasih lestarikan sayang,

Semuanya indah dipandang mata,

Pabila rasa benci terbit di hati,

Rasa kasih dan sayang pun menyisih…

Tanda kasih yang abadi,

Dalam senang jua dalam kesempitan,

Kasih ILAHI tiada bersempadan,

Tak memilih siapa tidak berakhir,

Kekal selamanya…

Diantara dua kasih,

Di makamnya yang berbeza,

Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara,

Lahir dari ketulusan jiwa,

Bersuluhkan iman,

Namun nafsu menodainya…

Terkadang kasih kita SESAMA INSAN,

Bisa mengundang keredhaan tuhan,

Jika insan menghargainya,

Dan memuliakannya….

 

Lagu yang menenangkan, penuh tersirat,

UNIC.:Antara Dua Kasih:.

“Tadi sampai satu mesej bahawa PPMS ditangguh pada 16 Jun, betapa terkedunya saya. Saya asyik berkira-kira untuk memilih yang mana satu sehingga buntu. Jelas. DIA ada perancangan tersendiri. Saya masih berpeluang join research yang saya nantikan selama sebulan lebih itu. Ya Allah, bersyukur sungguh!”

 

 

 

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 10, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: