.:DiariSenja:. [novel] pg1

 

Saya sebenarnya dalam proses menyiapkan sebuah novel..jadi saya letakkan di blog sekadar memnuhi ruang yang ada. Novel ini, kadangkala bertulis, namun selalu juga tergendala..heee~ so, just take a break and enjoy..hahahaha..=)

 

Epilog (episod 1)

 

Selasa, 13 Mei 2008.

 

            Menjadi seorang aku menuntut satu pengorbanan besar. Menjadi seorang aku juga bukan bermakna aku boleh berkhayal ke puncak. Menjadi seorang aku perlu mengambil amanah untuk memikirkan ‘aku’ yang lain. Aku yang lain? Diri-diri ‘aku’ yang perlu aku bentukkan nilai budi dan ilmu. Itulah anak muridku. Itulah buah hatiku. Itulah janji keramatku moga mereka menjadi insan bergelar manusia.

 

            Terkadang menjadi seorang aku sungguh membanggakan, terkadang juga terus menyeksakan. Entah mana satu perlu aku utamakan. Yang aku tahu, menjadi aku menuntutku menjadi manusia yang setia. Setia pada pencipta, setia pada rasul, setia pada ibu bapaku dan setia pada anak didikku yang makin membesar. Moga menjadi lelaki berguna kamu.

 

            Aku tersenyum. Dan aku layak untuk terus tersenyum. Kerana senyuman itu memang milikku. Setelah dugaan cinta yang merobek jiwa gadisku sekian lama, aku harus tersenyum. Kerana yang pasti, tuhan telah menganugerahi sesuatu yang telah pasti menjadi pendampingku.

 

Cinta? Aku letakkan ketepi kini. Kerana cinta sebenarnya memerlukan setia Dan yang pasti, setia tidak pernah akan bertemu tanpa kasih sayang. Dan kasih sayang itu menuntut balasan kerana balasanlah mengeratkan cinta. Semuanya saling melengkapi, saling memenuhi. Aku tersenyum lagi. Kerana aku telah dianugerahi cinta itu.

 

 

Andai hari itu aku memilih untuk terus terseksa, maka aku tidak mungkin akan disini. Jika hari itu aku sering meminta kau kembali, maka aku akan terus jatuh. Sekiranya hari itu aku tersungkur merindukanmu, takdirku bukan begini. Tuhan, dugaan apakah ini. Hatiku hanya satu dan engkau letakkan dia. Tuhan, kiranya dia bukanlah orang yang tepat, orang yang selayaknya. Ketemukan aku dengan yang sebetulnya. Tuhan, aku merayu. Aku sakit, terlalu sakit. dan hari ini aku mengaku tuhan, aku cintakan dia. Seadanya.

 

            Ya Allah sejujurnya aku tidak mampu. Aku derita. Kiranya air mata ini mampu berkata, aku ingin dia tahu hati ini aku serahkan untuk diduduki dia. Biar beratus kali aku dipersia, biar beribu kali hatiku didera, biar berjuta kali dia membina sengketa, aku rela. Tapi hati aku pasti akan terus tertanya, sampai bila? Sampai bila, tuhan?

 

            Entah bagaimana lagi harus aku lemparkan percaya. Entah pada siapa lagi perlu aku hulurkan setia. Entah apalah lagi dugaan yang bakal menimpa. Dari kejauhan senyumannya mencarik hibaku. Dari kejauhan lagi tawanya menggamit piluku. Entah bagaimana dia boleh tertawa sedangkan aku menangis hiba. Butakah dia?

 

            Hari ini sepatutnya menjadi bahagia tapi carikan lara jiwa ini bagai menjadi benteng betapa aku hanya meminta benda yang tiada. Pada insan manakah selayaknya aku naungi hidupnya. Tuhan, ajal maut jodoh pertemuan segalanya di tanganmu. Untuk apakah lagi aku menanti sedangkan takdirnya pasti. Takdirku seharusnya. Bagaimana lagi harus aku lakukan? Bagaimana lagi? Tunjukkan jalan ya tuhanku..

 

            Pernah aku terasa ingin memadam segala impian, menukar segala harapan, membuang segala kenangan. Tetapi semakin aku cuba semakin itulah aku kecewa. Untuk itu aku sedar, aku sedang di uji. Ujian perasaan yang membuat aku seringkali kecundang, seringkali gagal, kerapkali buntu dan berkali-kali terus menangis.

 

            Dan akhirnya, inilah aku. Bukan aku tidak mempercayai cinta, tapi kerana cintalah aku jatuh tersungkur. Mencuba berkali-kali bangun, tapi aku memilih merangkak perlahan. Kerana aku tidak lagi mampu berdiri apatah lagi berlari. Biarlah aku cuba menjadi diri aku semula, selama mana aku relakan masa memilih. Aku penat, semakin penat meniti gundah. Biarlah aku mamilih menutup sebentar hatiku, kerana walaupun tertutup ianya tetap milik dia sehinggalah mungkin yang terbaik mempunyai kunci pendua untuk membuka kembali hatiku. Aku relakan masa itu. Ya, aku akan relakan. Benar..tetapi mungkin juga menjadi mungkin.

 

 

………

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 9, 2008.

Satu Respons to “.:DiariSenja:. [novel] pg1”

  1. teruskan…warnai dunia penulisan dengan jiwa-jiwa yang pelbagai!

    insyallah, ini platform luah rasa. Hee~ tq membaca =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: