seorang sahabat bernama dia…

Dua tiga hari yang entah apa nak kata. Perkara yang tidak ingin terjadi, berlaku sudah. Ingin ditangisi, bimbangkan terus terluka. Untuk dielak, hati tidak berhenti berbicara.Petang tadi, satu-satunya rakan sebilik, Hadiah namanya Dia sudah pulang. Pulang bercuti sebulan. Sampai satu saat, saya menjadi menyesal menyumbang tenaga, dalam research ini. Hati, sabarlah kamu! Saya ingin nyatakan ini pada dia,
“Hadiah balik awal, siapa nak dengar cerita Huda lagi?”
Tapi, macam mana pun..dia akan tetap pulang.Masih teringat masa mula-mula kami berkenalan. Dia seorang yang sungguh senyap, saya pun tidak tahu bila saya menjadi rapat dengannya. Ketika dia mula menghadapi exam perubatannya, saya ada bawakan mug hadiah sebagai semangat. Tapi, saya tidak berikan pun. Tersimpan kemas dalam beg. Saya tak nak beri, kerana tidak mahu tahu dia sudah habis exam. Kerana dia, akan pulang selepas itu..T-T Namun, sepanjang exam, saya tidak menjenguknya. Kerana saya tidak mahu masanya terbuang dek berborak dengan saya. Betapa hati saya meruntun ingin bercerita. Akal saya masih waras mengerti, betapa peperiksaan ini penting baginya. Dan saya menunggu dengan sabar. Bahkan setiap malam saya dedikasikan lagu yang sama, dan juga ucapan yang sama di nasyidfm..

Setelah dia habis peperiksaan, terus saya naik ke bilik lama. Banyak ingin saya bercerita dengannya. Pelbagai perkara. Selalu dia menjadi pendengar yang setia, komennya juga selalu membuatkan saya berfikir. Sungguh, saya tidak tahu bagaimana ingin menerima hakikat bahawa semester yang bakal dibuka, dia bukan lagi rakan sebilik saya.

 Dia mungkin tidak terbacakan blog ini, tapi saya harap dia selalu tahu bahawa saya menyayangi persahabatan yang baru terjalin ini lekat terpateri jauh di sudut hati saya. 

Sekarang lagu ayat-ayat cinta sedang berkumandang. Tiada apa dengan lagu ini yang menarik hati saya. Namun selepas semalam, lagu ini sudah menjadi lagu kenangan. Masih teringat betapa saya memujuknya menghabiskan masa dengan saya sebelum dia berangkat pulang. (Sejak akhir-akhir ini, hati yang tidak tenang memaksa saya keluar bertenang berseorangan).

Dek kerana kerja CFCS (yang saya tidak tahu apa maknanya), dia tidak berpeluang keluar sekalipun dia sangat berkehendakkan external hardisc. Alhamdulillah, semalam kerjanya siap dan kami keluar berdua. Menunggu bas, kemudia bertukar teksi, melintas jalan yang sibuk, berjalan-jalan, makan, berjalan lagi dan makan lagi..(sudah lama saya tidak makan makanan berat sebegitu, berdietlah kononnya). Akhirnya external siap dibeli, barangan saya dan kiriman kawan-kawannya.
Saya tidak putus bertanyakan dia, tentang pinggangnya. Sepanjang sebilik selalu dia mengadu tentang pinggang yang sakit. Ke klinik sudah, bomoh pun sudah. Akhirnya saya bertanyakan ayah dan ayah mencadangkan dia membuat MRI, alhamdulillah tiada apa yang berlaku. (Kerana kami mengkhuatiri kanser, dan risau juga itu sebahagia reffered pain).

Masih terngiang juga bila dia berkata..
“Bila Hadiah dapat result MRI dan tak ada apa pelik, macam dapat result gagal,”
Saya tersenyum dan ketawa. Manakan tidak, orang akan bergembira kerana bebas dari penyakit. Dia pula sebaliknya.
“Iyalah, kalau tak ada apa pinggang Hadiah ni, kenapalah sakit tak berhenti. Makan ubat doktor kasi pun tak jadi apa,”

Saya cadangkan dia berubat kampung. Simpati saya bila melihatkan dia terbaring diatas lantai kesakitan. Sungguh saya sayangkan antara sahabat yang satu ini. Walaupun dia bakal menjadi doktor, dia juga terkadang sangsi. Lumrah manusia, dan saya juga.
Masih saya ingat ketika appliance yang masih melekat di gigi saya memaksa saya memakan bubur atau sup. Dialah hampir setiap petang meneman saya makan di luar. Sungguh, budi dia tak mampu saya balas.

Dialah manusia pertama yang saya jumpa tersangat innocent. Dia pendiam, bicaranya berhemah, suaranya tidak pernah tinggi, dan dia juga selalu biarkan saya membuat keputusan andai ada perkara perlu di pilih. Teringat ketika dia menangis kerana terasa hati dengan seorang rakan kumpulan. Saat-saat itu saya ingin melempang manusia itu. Saya tidak akan benarkan sesiapa menyakiti manusia senaif Hadiah. Dia tidak pernah merungut dengan walau seorang sahabatnya. Bahkan dia juga selalu menidakkan apa-apa perkara apabila saya kecewa mendengarkan berita itu ini. Walaupun saya tahu dia lebih mengambil hati, tapi saya tidak kisah. Kerana dia adalah dia, dan saya adalah saya.

Jadual study saya juga lain dengan sahabat sebilik. Tatkala mereka study, awal lagi saya sudah tidur. Dan bila mereka masuk tidur, saat itulah saya bangun. Ketika itu, Hadiah juga merubah jadual belajarnya, sama seperti saya. Dan saya punyai kawan study bersama. Saya sudah biasa, jadi jarang benar saya tersengguk. Tapi apabila melihatkan dia tersengguk, saya dengan senang hati akan bancuhkan dia kopi atau Nescafe. Saya benar-benar mahu, graduation day kami sama. Saya tidak mahu dia tersekat di mana-mana, kerana pengajian perubatan sangat sukar!

Petang itu, petang terakhir kami makan bersama. Sungguh saya mahu menangis, tapi saya diamkan. Masih bertanya itu ini terutama audition DJ pada isnin malam ni. (Terima kasih pada DJ Faizal kerana memberi peluang ini).

“Berbaloi ke Huda buat benda Huda minat ni?”

Berbaloi. Kerana katanya saya layak. Dan selalu saya berkemampuan untuk buat apa yang saya mahu. Dia menyokong tanpa membantah. Dan dia membandingkan diri saya dan dia. Kami tidak serupa. Kata dia lagi, dia ingin mengambil specialist neurology tapi ibunya mengkehenndaki dia menyambung Onkologi. Dia akan mengikut pilihan ibunya kerana dia dan saya berlainan. Hatinya lembut berbeza dengan hati saya.

Hadiah, orangnya lembut..tetapi saya kasar.
Hadiah, orangnya naïf, saya pula sebaliknya.
Hadiah, tidak pernah meninggi suara, saya pula kerap melenting!
Hadiah, hanya sekali pernah saya nampak dia menangis, tapi dia terpaksa berhadapan dengan tangisan saya yang bermacam masalah. Dari yang remeh hinggalah tidak.

Hadiah, dia pulang juga semalam. Akhirnya saya hulurkan mug yang saya simpan. Tapi saya tidak menyatakan alasan mengapa saya tidak memberinya awal. Dan bila kami bersalam, gigi saya mengetap meminta bersabar. Dan bila dia melangkah pergi, saya tidak melihat kearahnya apatah memandang mukanya. Saya larikan anak mata tidak menerima langkah selamat tinggal itu. Kerana kelak, saya keseorangan lagi.

“Hadiah selamat jalan,”
“OK. Jaga diri baik-baik,”

 

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 31, 2008.

6 Respons to “seorang sahabat bernama dia…”

  1. another hac..im tryin!

  2. huu~

  3. Great beat ! I would like to apprentice while you amend your
    web site, how can i subscribe for a blog website?
    The account helped me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your
    broadcast offered bright clear concept

  4. This article, “seorang sahabat bernama dia | its all about life” was excellent.
    I am generating out a replica to clearly show my friends.
    I appreciate it-Helaine

  5. 7 Several proprietary keyword research tools are available.
    In exchange for water and food, I am pretty sure you will enjoy the collection already given here!
    With these simple instructions, there will be lots of forums on the site, they camped out on the creativity,
    ingenuity, and empathy right now than it has jobs.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: