::secebis::kisah::

Semalam, seharian saya terkurung dalam bilik. Kawan sebilik pulang menandakan saharian jugalah saya bermonolog sendirian. Haih! Dan biasanya sebelum saya menulis, saya akan membaca dari satu link ke satu link, dari satu blog ke satu blog, dari yang ada dalam senarai hinggalah tiada. Seronok! Seronok melihat setiap satunya menulis. Saya kagum dengan tulisan umaralfateh, kerana kupasan agama yang mendalam dan ayat yang sentiasa meminta saya berfikir. Hasil garapan leokid, (jujurnya saya berdengki dengan manusia ini..hee~ maaf ya KID), tulisan Dr. Adz tentang jalan hidupnya walaupun saya terpaksa membuka kamus membaca sebahagian ayat. (Tinggi level tulisan). Tulisan sahabat-sahabat junior saya di sekolah. Dalam meniti kehidupan, saya mengerti betapa payahnya menghadapi kegagalan. Oleh itu, saya kerap juga bertandang walaupun terkadang sedikit hampa kerana ketiadaan post terbaru. Itu kata hati, kata akal lebih mengerti tentang kesibukan mereka. Syukran ya amnee dan annees..(ini gelaran saya yang terbaru untuk kamu)

 

 

::sepanjang petang saya berfikir::

Dan, petang semalam, ketika jam menghampiri 6, saya berbaring di atas katil. Hajatnya saya ingin berjoging, tapi hati saya seolah tidak ada perasaan ke arah itu. Saya merenung tingkap bilik saya, dan terpandanglah saya sebatang pokok itu. Mulanya saya sekadar pandang menikmati panorama alam. Sekadar merehatkan mata dan minda. Tapi, jarang benar otak saya terbiar kosong. Dan tidak lama saya teringat kata-kata sahabat saya yang saya teramat rindukannya. Namun entah di manalah dia…Kata-kata yang selalu dia berikan saat saya terjatuh sukar untuk bangun,

“….cuba tengok pokok-pokok di bukit, ingat senang nak membesar setinggi itu? Diorang kena usaha, berebut dan bertanding. Akhirnya, berdiri megah di situ. Tapi selalunya tidak lama. Sama ada manusia akan menumbangkannya, atau putaran alam tidak mengekalkannya di situ…”

Dan, pernah juga saya mengatakan kembali ayat itu saat dia terjatuh. Tapi, biasanya dia akan gelakkan saya. Atas sebab meniru ayatnya kerana bercakap dan melalui adalah tidak sama. Selalu saya geram dan marah.Hanya kerana nasihatnya selalu saya ambil dan terkesan di hati,tapi apabila saya yang menasihat? Saya bukan penasihat yang baik. Itu layaknya. Rindunya pada manusia ini.
Sepanjang saya tengok pokok itu, saya mula ingin menyangkal ayat yang saya pernah terima itu. Gambar pokok yang saya ambil seolah tidak perlu untuk berusaha pun. Tidak perlu bertanding, tidak perlu payah merebut sinaran mentari, tidak perlu itu dan tidak perlu ini. Dia diletakkan di situ, segala kemudahan diberikan. Ditatang bagai ‘pokok emas’. Sekejap kemudian saya menidakkan semula fikiran saya. Siapa kata? Saya tidak di tempat pokok yang sebatang itu. Bagaimana saya boleh mentafsirkan dia? Haish. Betul. Sebagaimana mereka melihat saya tersenyum tidak bermasalah, berkasar seolah tidak berperasaan. Itu silap. Selagi kita tidak di tempat sesiapa, bukan keputusan yang bijak untuk mengatakan itu ini.

::senja yang tetap tenang, namun hati?::


 

::itu bangunan bilik sebelum ini. Saya merindukan kehidupan disitu:: 

Ketika malam mula mengakhirkan hari. Saya bangun untuk menutup jendela. (kalaulah tidak, dua kali ganda nyamuk akan singgah)! Saat itu, akal terus berkata, sehari sudah berlalu. Sehari yang sia-sia. Apa perlu saya jawab di hadapan tuhan kelak. Bukan untuk hari ini sahaja, hari semalam, semalam lagi, hari esok dan bakal esok? Tersenyap saya. Termenangis juga. Bila insaf bertandang, mudah juga mata mengalir. Tapi manusia begitulah. Insaf yang tidak lama. Hati, insaflah kamu selalu.

Bangun tadi, saya terasa ingin berjalan. (Biasanya kalau hati saya tidak tenteram, saya akan keluar berseorang. Dan keluar berseorang itu sudah jadi tabiat saya). Saya buka laptop (dan inilah rutin harian). Membaca emel, menjawab mana perlu, melihat mana mampu, dan saya akan bermain satu game selalunya lebih. aduhai.. Itulah tabiat yang saya tidak tahu buruk atau baik. Terkadang ianya menguji, terkadang juga melalaikan. Entahlah!
Sambil menunggu bas, sya selesaikan sudoku. Ada beberapa pasang mata memerhatikan saya. Saya sedar itu tapi biarlah. Itu mata mereka walaupun saya tidak suka diperhatikan begitu. Biarlah. Agak lama menunggu dan saya selalu bencikan itu. Apakan daya. Saya yang memerlukan bas, bukan dia perlukan saya. (Tapi, dalam masa yang sama dia juga perlukan penumpang. Jadi, saling memerlukan logiknya).
Sekarang, sambil menulis saya sedang menikmati sup. (program berdiet). Pedas yang amat! Hee~
Sepanjang jalan juga saya berfikir. Hati yang tidak tenang selalu mengakibatkan saya semakin terus berfikir. Kadang-kadang saya sendiri tidak pasti saya fikirkan apa dan apa pula keperluannya. Menjadi kemestian kalau saya menaiki bas (saya tidak berani dan tidak pernah berani untuk menaiki teksi), saya akan meneliti setiap satu benda yang saya jumpa. Dan sepanjang perjalanan tadi, dan entah berapa kali saya menarik nafas panjang, keletihan memikirkan ragam manusia. Seronok melihat muda mudi melangkah masuk ke dalam bas dengan fail-fail ditangan. Pasti ke tuisyen barangkali. Sayangnya, baju yang dipakai. Malu saya untuk menulis dengan jelas. Saya tidaklah baik, tapi saya belum mahu menjadi jahat sekalipun terkadang, bukan terkadang, selalu saya melakukannya. Belum lagi melihat rambut yang hijau, biru, merah warna pelangi.
Inilah yang dikatakan pemikirang kelas ketiga. Benda yang tidak betul, bila selalu dikatakan, akan menjadi betul. Lihat saja situasi saya ini. Kalaulah saya bangun menegur, saya salah atau adik-adik muda mudi ini yang silap? Tepuk dada, tanyalah masa. Masa sekarang. Mampukah saya? Sudahnya selemah imanlah yang saya pilih, menegur dan membenci di dalam hati. Sayangnya saya pada mereka, ini generasi saya. Kalau sudah rosak begini, mimpilah kalau saya ingin melihat generasi selepas saya nanti generasi islamik. Satu lagi yang menjengkelkan, elok turun dari bas, tudung disaut. Makna apakah ini? Dunia hari ini. Sedihnya. Salah siapa?
  Ibubapa? guru-guru? Zaman? Pemimpin? Diri sendiri? H-I-B-U-R-A-N? "Esok besar adik nak jadi apa sayang?" "Adik nak jadi PENYANYI!!!" Sampai juga saya di tengah bandar KB. Perkara pertama yang ingin saya selesaikan sudah selesai. Sayangnya kena ke sana lagi bulan depan. Tanpa tujuan, saya ke Pantai Timur. Tahu mengapa? Saya sangat suka ke tempat seperti ini. Sangat suka. Lihat gambar-gambar comel dibawah. Yang curi-curi saya ‘snap’. Hee~
::stokin kecil hijau cute!::

::pelbagai peralatan baby yang mengujakan!::

::sayangnya tak ada budak kecil kat rumah, kalau tak memang dah beli kasut ni::

 

Inilah tabiat saya. Saya sangat-sangat teruja melihat apa-apa berkenaan bayi, apatah lagi melihat mereka. Perkara yang paling utama saya buat kalau melihat bayi kecil, adalah tangan dan kaki mereka. Kecil! Dan saya akan meletakkan tangan saya bertentangan rapat dengan tangan mereka. Jauhnya beza. Dan selalu saya teruja menggila. Kecilnya tangan. Kaki pula tak ubah seperti buah anggur yang bulat dan kecil. Comel!!

 

“dulu dalam perut, sekarang dah keluar,”
Selamat Datang Ke Dunia Baru!!!!

 

Hampir sejam juga saya berpusing dari satu barang terus ke satu baju. Sesekali saya tersenyum mengenangkan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. Saya tahu mesti jurujual itu pelik, pertama kerana senyuman saya meleret, dan kedua mungkin mereka tertanya, takkanlah saya mengandung?? Hee~ Fikirlah apa yang hendak difikirkan. Dari tingkatan satu saya begitu. Itu antara pengubat jiwa gelisah saya. Maaf juga ya jurujual, kerana hanya menilik dan tidak membeli!! (sekarang pun saya sedang tersenyum). Inilah tempat yang selalu saya pergi bila tidak tenang. Tidak ada orang yang tahu, jadi sesiapa yang membaca..pssst!! Jaga rahsia ini ya! Haaaahahahaha =)

….setiap kali kamu jatuh, mulakanlah kembali….

Dan, antara sebab saya mencintai bayi, kerana hidup mereka baru bermula. Permulaan yang baik untuk pengakhiran yang baik. Bila saya berpeluang mencium mereka, selalu saya bisikkan.. “terus membesar dan jadi orang baik-baik ya! Ingat pesan kakak ni” Hee~ Ini satu lagi rahsia yang tiada orang tahu. Jaga juga ya! Dan selalu, bila saya kegagalan, saya akan mengingati bayi-bayi ini dan berazam saya perlu mulakan semula.

Bukanlah satu kesalahan sekiranya kamu terjatuh, tapi kesilapan besar andai kamu tidak bangun semula~

Saya kemudiannya turun dan seperti biasa membeli milooooo! Hee~ kegemaran saya dari dulu. Pernah emak ceritakan bagaimana geramnya dia ketika zaman kecil saya yang suka curi-curi meratah milo. Bukan itu yang emak marah, tapi dek kerana saya membasahkan jari dengan air liur dan mencelupkan jari itu kedalam tin milo. Berulang kali, ala-ala chupachup gitu. Hee! Pengotor. Sampailah satu hari, emak letakkan saya dengan setin milo dan suruh saya habiskan. Gembira bukan kepalang, tapi lama-lama? Muak juga. Sampai saya tertidur di sisi tin milo tu. Kata emak lagi, dua tiga bulan juga saya fobia dengan milo. Kini tidak lagi! Bahkan ketagih pula. Haish!

 

 
::milo dan susu baru beli. Program diet berjalan semula. Hee~:: 
Saya beli milo keluaran baru yang special untuk program diet terbaru. Sekarang saya perlu lebih menjaga kesihatan. Kedua nenek dan atuk saya, belah ayah dan emak, keduanya menghidap barah. Perginya mereka juga kerana penyakit itu.

 ::ingredients dititikberatkan. Hee~:: 

Ketika saya nak membeli anggur, tersenyap sekejap. Saya tidak reti membeli buah. Saat begini, ayah amat diperlukan. Bila menemani ayah, banyak dia berceloteh. Salah satunya kalau membeli buah dan bagaimana untuk memilih yang terbaik, manis, masak dan ada umph! Benarlah, jauh berjalan luas pengalaman. Dan juga benarlah, orang tua lebih dulu makan garam, kerana..

…belajar melalui pengalaman, ibarat melukis tanpa pemadam…

Dan bagaimana mendapatkannya. Pastinya dari mereka yang pernah melalui. Rindu ayah! Saya pula cerewet. Ketika sibuk memilih anggur, mata saya tidak berhenti menilik satu-satu. Ada yang buruk, saya letakkan. Berkulat, saya letak, berair saya letak. Akhirnya tidak tahu ingin ambil yang mana. Terasa ingin menangis kerana lama disitu dan ketandusan cara untuk memilih. Dan saya cuba kembali berfikir secara waras..

….dalam banyak-banyak manusia baik, akan ada juga yang jahat. Begitulah sebaliknya. Macam anggur juga, dalam-dalam banyak yang sihat, cantik dan menarik, pasti ada satu dua yang buruk…

Dan saya mengambil satu daripadanya. Yang saya rasakan terbaik. Kalau ingin terlalu sempurna, sampai sudah kepingin saya untuk makan.

 

::inilah anggur pilihan saya akhirnya::

 

 

 

 

 

 

Tapi, memang sah saya tidak reti. Memang tak sedap. Sadis sangat! T-T

Baru saya sedar, kebanyakan barangan bayi TADI, saya banyak menyentuh yang hijau. Dan saya perhatikan meja saya ketika pulang. Ya! Hati saya memang gilakan hijau. Lihat saja antara barangan hijau saya. Itu baru sedikit. Haih! Tidak pelik kalau Tiqah menggelarkan saya, ‘bawang hijau’.

p/s:hijau itu aman, indah, damai dan tenang. Tak silap saya mencintainya bukan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 24, 2008.

4 Respons to “::secebis::kisah::”

  1. Salam;
    Eh…mana ada tinggi level tulisan. Tq anyway sb sudi lawat blog sy. Tulisan huda kat sini pun boleh tahan jugak, sy suka susunan ayat. Main reason sy tulis dlm english sb kalau dlm BM tulisan sy sngt simple. Kurang praktis. Time sekolah2 dulu boleh jugak meleret2 tp sejak habis sekolah sy lebih ke english klu bab2 menulis, blog atau cerita2 sendiri…tak tahu kenapa.

    Semua org suka tengok baby / budak kecik. Teringat sy bila minggu rotation Pediatrics kat sini, seronok kami semua. Yg perempuan mmg teruja dgn baby2, yg laki walaupun suka jugak tapi kami diam2 je. heheh. Tapi bila kenangkan yg dorng tu sakit, kesian jadinya.

    Wsalam.

  2. to dr adz : janganlah rendah diri pula =) memang english yg dahsyat (saya yg kureng vocab gk) huu..kenalah saya buka kamus. Tapi, ok wat..jadi rajin sket! Heee~

    Dr. tak tengok lagi macam mana saya addicted baby nih. Huu~ Bagus dok area hospital. Kalau hari khamis, byk ibu2 bawa anak untuk appoiment kot, sambil jalan gi kelas boleh sentuh diorang. Comel yang amat!!!!

    Hmm~ Susunan ayat saya tu kalau hantar cek kat cikgu, even bm pon leh kena gam. Banyak mistakes tatabahasa lah! Hahahampeh.

    gd lak utk exam!!!

  3. ok blog huda ni..bolehla sy belajar dari huda nanti..saya baru je nak berjinak2 dgn blog ni..

  4. to shamsue:boleh aja2..sila2 =)
    inipun masih peringkat pembelajaran lagi!!~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: