..surat ini::

Assalamualaikum kid.Since tadi macam awak cakap nak post entry baru, tak sabar nak baca. Balik dari pekena kuetiow sup plus honeydew masyuuk, terus saya buka page ni. Aduhai, seems addicted huh? Hee..~Sedihlah pula baca entry, tak apa 4 tahun je lagi..(tapi dalam 4 tahun tiada siapa boleh ramal kita masih hidup atau tidak)..saya baru kehilanga sahabat yang kelemasan. Perit untuk mengerti semuda dia sudah dijemput tuhan. Kita? Bila lagi?
Haish merapu pula saya. Sekadar mengingatkan awak dan juga saya dan juga kita, apa yang ada hari ini, hargailah. Bila dah pergi, tiada langsung gunanya meratapi T_T!

Dulu, pernah juga bercita-cita ke oversea, namun bukan rezeki dan bagaikan Allah memberikan pilihan lain yang terbaik untuk dihargai. Betapa saya dengki melihat ucapan-ucapan raya di surat khabar seperti yang kamu lakukan, kid. Namun realitinya, Allah pasti tahu apa yang kita rasa tidak perlu.=), That’s the way I appreciate things, so you do!Go Kid! Since u r da one dat hv been choosen ke Rusia, maka DIA mengerti kamu adalah layak untuk itu. Dan apabila mereka berkata tentang pembaziran wang kerajaan, moga-moga kamu menjadi seorang doktor yang berkhidmat penuh jujur, ikhlas dan setia pada pesakitmu yang pasti rakyat negara kamu sendiri.

p/s : jangan sesekali kamu berangan untuk berkhidmat di Rusia atau mana-mana ya! Hahahah..(kidding dalam kebenaran!)

 

Dan bila membaca tentang kesejukan di sana, saya terbayang satu perkara. Kiranya ALLAH memberi peluang saya merasai selama paling kurang 6 tahun seperti bakal kamu hadapi, agaknya saya seperti sengaja mengundang maut untuk tempoh itu. Menghidap asthma yang kronik mungkin bukan alasan tepat, tetapi..sekurang ‘prevention is better than cure’..bila berfikiran positif, kegagalan yang bertandang juga boleh menjemput tenang. Pokok pangkalnya hati=)
Jadi, di luar atau di dalam, di tepi atau di tengah, di atas atau di bawah..penghujunya kita hanya dinilai DIA. Dan hanya DIA yang tahu kemana, dimana, mengapa dan bagaimana kita patut berada.

Moga kamu, moga saya dan moga kita semua menjadi orang yang selamat dinilai dalam kondusi yang paling baik pada tanggapanNYA. Apapun nilaian terakhir, moga kita tabah redha dan sykur menerima.

Salam terharu,
DiariSenja
(chewh..hee~)

Pelik? Ini merupakan kepada seorang blogger yang saya ‘ter’kenal secara tiba-tiba. But, I do respect him..(kid, kalau kamu terbaca, jangan perasan lelbih ye..hee~). Ketika ini dia membicarakan tentang oversea. Bestkah? Namun seperti tidak pada matanya, namun jawapan itu sama sekali berbeza 360 darjah daripada saya. Biasalah manusia memang tidak akan berpuas hati, apatah lagi saya. Hmm~

 

Jadi impian saya ialah..saya akan terus cuba bertatih sekuatnya. Saya ingin ke U.K! Menyambung pelajaran Audiology saya hingga ke peringkat seterusnya dan setingginya. Entah berjaya entahkan tidak dan saya hanya akan biarkan DIA yang menentukannya. Yang penting, saya hanya perlu berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakal! Mengapa U.K? ENTAH. Kalau bukan UK sekalipun, saya berharap ianya di LUAR. Mengapa..?


“Jauh perjalanan, luas pengalaman…”

 

Semalam saya ber’diskusi’ dengan dj nasyidfm. Yang tak pernah-pernah saya buat. Nak terketawa pun ada. Seperti kanak-kanak kecil saya bertanyakan itu, bersoalkan ini. Hanya untuk ucapan dan permintaan lagu sahaja sebenarnya. Hee~ Namun selepas itu dia tidak lagi membalas. Saya tersedih. Hayya..macam dia tidak ada kerja lain. Selepas mendengar ucapan saya keudara dan mendengarkan nasyid pilihan, saya kemudiannya tidur.
Dan esokknya..(hari ini) saya bangun. Seperti biasa saya membuka laptop. Tidak lama muncul offline mesej. La, dj itu membalas cuma internet connection bermasalah barangkali jadi tidak sampai mesej itu pada saya. Aduhai..tersenyum sebentar.


“Jangan membuat judgement awal, jika kita tidak tahu pokok pangkalnya”

Saya akan terus mengingati nasihatnya..

“Moga Huda akan terus istiqamah, ya…”
::Terima kasih ya dj ustaz firdaus. Membaca ucapan saya dan mengudarakannya. Juga lagu permintaan. Hee~ Jasamu dikenang. Moga nasyidfm berjaya mendapat frekuensi sendiri kelak! Amiiin::

 

 

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 12, 2008.

2 Respons to “..surat ini::”

  1. Achom!

    Patut rasa macam ade org sebut2 nama sejak kebelakangan ni. -_-“

    hhmmm…nk publish ke tak ek komen tu. nak publish ke tak. publish? tak? Muahaha.

    Page “in a relationship”? aiya..that post tahun lepas la -_-“

    like i said in the “mencari fatamorgana dunia”, my blog consists of every aspect of development of my life. take anything good as ur motivation, leave out anything bad behind as ur guidance. =)

  2. to leokid : …semoga bidang penulisan ini memberi peluang kepada kita semua saling mengingati, saling menasihati… Terima ksih untuk komen ini

    p/s : sebenarnya saya tak kisah kalau kamu post pun. Tapi pembaca2 setia kamu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: