Selamat Hari Emak

Selamat hari Ibu!

“perlu ke ucap selamat hari ibu?”

Itu persoalan saya ajukan pada Azah dan pantas dia menjawab,

“Ala, ucap je la. Saya ucap. Kat makcik-makcik,”

Terketawa saya mendengar. “Makcik..Selamat Hari Ibu,” Tak ke pelik nanti. Tak berhenti saya ketawa tapi jauh dalam sudut hati, perlukah? Secara jujur saya sebenarnya tidak biasa wish-mengewish ni, namun alam persekolah mengajar bagaimana manisnya rasa mengucapka. Rasanya berjaya barangkali zaman itu mengajar saya. Tapi saya sebenarnya tidak sensitif dengan apa-apa hari sekalipun. Kerana pada saya setiap hari adalah satu hari.

Teringat saya pada hari lahir saya yang bersambut. Pelik atau tidak kejujuran saya di sini. Saya tidak biasa, maka saya janggal. Kalaulah saya berkulit cerah, pasti nampak kemerahan muka yang mencipta malu. Sungguh saya tidak biasa disambut! Itulah kek pertama selama hidup 21 tahun, dan hari yang sama saya mendapat kek kedua..hadiah dari rakan seperjuangan. Hijau warnanya. Oh, apakah rasa itu?
Lalu pantas saya mengambil telefon bimbit. “Selamat Hari Ibu,” Itu yang saya taip. Apa lagi? Hmm..itu saja dan saya ‘send’. Persoalan lain, mengapa hari ibu..sepatutnya Selamat Hari Emak. Itu panggilan saya untuk ibu saya.=) Apapun panggilannya. Ibu tetap ibu. Emak, mama, umi atau apa dia tetap ummu. Saya bangga kerana ibu saya berjaya melahirkan saya. Walaupun anak dia banyak negatif dari positif, tapi saya tetap saya. Anak emak saya.
.
Saya mungkin ‘difficult baby’ pada bahasa psikonya. Tapi hari ini, inilah saya difficult baby yang dulunya gila menangis, membesar. Sampai saat ini saya melabel sendiri diri saya sebagai ‘crybaby’..(teringat Team Medical Dragon). Saya tersangatlah mudah menagis. Sekalipun berperwatakan kasar, tapi itu bukan sebenarnya saya. Mungkin. Teringat pada sahabat saya, Farhana..Dia selalu mengatakan kekasaran saya berpunca dari sesuatu di sebaliknya. Apa-apalah. Dan saya memaksudkannya dalam lagu..’no one knows ’bout me’..yang pernah menjadi lagu friendster yang saya delete satu ketika dulu. Realitinya, tiada siapa tahu tentang sebenar saya kecuali DIA. Dan begitu juga manusia yang lain.
Tapi seorang ibu adalah kategori yang lain. Bolehkah saya menyorokkannya? Tidak. Itu jawapan pasti saya. Mana mungkin anak kecil yang lemah membesar dari rahim mulia insan bergelar ibu menyembunyikan sesuatu. bolehkan anak yang mendapat saluran makanan bermula dari placenta beralih kepada susu ibu kemudia makanan pejal yang sememangnya dibancuh ibu menipu? Mungkin ya mungkin tidak. Kalau ya sekalipun, pasti ada satu deria tidak selesa di hati. Pasti ada. Untuk saya, ya! Tidak tahulah anak yang lain.
” Syurga itu dibawah telapak kaki ibu”
Cuba lihat bawah telapak kakinya. ada syurgakah? Ada balaghah tersembunyi disitu. Carilah makna terselindung dan saya yakin semua pun mengerti apa ertinya..=)
Ibu adalah ibu. Apapun jawatan dunianya hatta pembesar negara sekalipun, dia tetap ibu. Dan saya selalu berdoa moga saya juga bakal seorang ibu yang berjaya mendidik dan terdidik. Saya sendiri juga inginkan keajaiban yang bakal hadir dalam rahim saya pejuang agama. Namun untuk memiliki impian sebegitu, harus saya berubah dahulu. NAMUN MAMPUKAH?
.
“..selagi kita tidak berubah, selagi itu kita tidak mampu merubah…”
.

::Selamat Hari Emak! Setiap hari adalah harimu::

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 11, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: