Biru

Aku suka warna biru langit! Hari ini langit sungguh ceria, tapi aku terfikirkan kenapa manusia tidak berkomunikasi? Mereka memendam, dan kemudian menjadi kudis. Seterusnya merosakkan satu nilai keprofesionalan.

Tak guna juga kalau kau membuat biasa atas nama; peribadi dan kerja haruslah seperti minyak dan air yang tidak akan bercampur meski dua dua dalam satu kumpulan yang sama, cecair. Tak guna kerana kau seolah bercakap dengan batu atau paling kurang kau bercakap dengan mesin yang disetkan jawapan. Paling teruk, jawapan berbentuk closed-ended question.

Kau mencuba. Sampai satu tahap kau tak ingin lagi. Kau muak.

Ya. Aku mengetahui atas satu silap mampu membawa kepada silap silap yang lain. Atas satu ralat, aku bisa memusnahkan satu komunikasi yang selama ini aku senyapkan saja ketidakselesaaan atas satu dasar; manusia berbeza. Aku pertaruhkan perasaan dan satu tahap aku juga harus pertaruhkan silap kerana aku sendiri mencuba-jaya-gagal. Aku tidak tahu yang mana satu mengambil tempat dan ruang waktu!

Meski seluruh alam dewata mencuba berfikir serasional yang mungkin yang mungkin aku salah dan barangkali aku juga mungkin benar. Keduanya tidak membawa untung. Aku bahkan tidak mampu menipu diri untuk rasa bersalah dan meletakkan seluruh ralat atas kepala sendiri sehingga aku terjelepuk jatuh memikirkan bagaimana begini dan bagaimana begitu.

Kenapa?

Kau kata senyap lebih menguntungkan tapi kau sebenarnya menyusahkan dunia dengan bicara wajah tanpa suara. Eksperesi benci atau mungkin bukan itu mengundang jutaan soalan dalam minda seluruhnya yang menyaksi keadaan. Atas satu nama, dosa, hanya dipalitkan pada aku. Lalu haruskah aku mendiamkan diri apabila sebahagian darimu mencanangkan aku begini, aku begitu.

Aku tidak kisah sebelumnya kerana aku fikir antara kerja dan peribadi mengapa harus diadukkan sekali?

Hingga satu tahap aku mendengarkan pelbagai khabaran yang meletakkan beban dosa atas bahu aku. Aku sudah menerima kalau aku bukan lagi dalam senarai untuk menerima asas atau istimewa. Aku terima kalau satu hari aku mengetahui setiap bait tulisan tanpa aku faham hanya kerana aku tidak berada dalam senarai kau. Aku terima aku mendapat keputusan tanpa aku tahu yang aku dikecualikan untuk sesuatu yang menjadi hak aku.

Dan bila kau masukkan aku semula dalam senarai bila aku sudah mula berdiri atas ralat yang aku harus mencarinya sendiri kerana aku bukan sebahagian mereka lagi, patutkah aku meletak percaya kerana sampai bila-bila atau pada satu ketika aku mungkin dibuang semula dari nama-nama yang mendapat tempat?

Patutkah?

Aku cuba berdiri. Aku telah senyum atas khabar buruk yang aku dengar apatah lagi pada khabar neraka yang bukan langsung atas pinta?

Aku telah senyum dan ketawa sehingga aku tidak tahu lagi aku mampu senyum atau harus terus mewujudkan renggang? Kerana yang memulakan pemilihan itu, kau! Dan aku telah tiada rasa setelah aku dididik jangan bila kau memulakan.

Setiap petang aku pandang langit. Langit masih biru. Seperti selalu.

Dalam kebiruan itu aku selalu berfikir bagaimana lagi untuk aku jernikan yang keruh-keruh? Aku sudah tiada daya untuk dibalasi dengan sepatah kata. Aku sudah tiada tenaga untuk mencuba. Aku sudah kehabisan usaha setelah sering mendapat cerca.

Maaf. Andai kau mengetahui yang bukan-bukan dari mereka selainnya. Aku mengakui aku yang mula bercerita. Dan aku mahu kau tahu aku tidak mahukan itu terjadi. Tapi aku harus melakukan setelah dalam ruangan yang ada nama aku dikaitkan dengan silap, dosa dan salah dan ralat dan benci dan dendam dan segala yang pada mulanya aku telah terusan bersabar.

Aku. Manusia. Biasa.

Perlukah aku berpura-pura biasa setelah semuanya tahu segala cerita. Aku rasa tertipu atas usaha aku untuk berpura-pura tiada apa-apa. Aku rasa tertipu untuk terus manarik nafas panjang setelah bicaraku untuk memulakan biasa hanya dipandang enteng sehingga aku berfikir siapa yang kurang matang? Aku rasa tertipu bila aku rasakan mengapa semua harus tahu padahal tanpa aku mengerti semuanya mula menunding jari. Tepat. Pada aku.

Aku juga punya hati yang rapuh dan air mata yang mudah dititskan tatkala mendengar khabar yang aku dikecualikan. AKu juga punya jiwa yang hancur bila pelbagai cerita meski bukan dari kau tapi sebahagian mengatakan yang bukan bukan yang aku sendiri ternganga eh bagaimana begitu?

Aku sudah kecualikan banyak benda untuk aku ceria. Aku sudah letakkan penghalang untuk sesetengah perkara agar kau kurang rasa tidak selesa bila muka aku harus ada bersama. Aku sudah cuba membina jarak agar kau punya merdeka tanpa tersiksa bila suara aku barangkali akan menghiasi. Aku sudah binakan tembok agar kau boleh selesa selesa saja. Aku sudah menarik diri untuk banyak perkara kerana aku tahu kalau aku ada, kau akan memilih tiada dan itu menyakitkan hati aku kerana rasa berdosa aku seolah meningkat bergunung-gunung. Hingga aku sudah tidak tahu lagi bagaimana seharusnya.

Aku sudah melupakan banyak benda asal kau selesa. Dan aku juga lupakan sebahagian ilmu yang boleh aku perolehi agar kau tidak senyap sepanjang hari.

Kau mungkin tidak tahu dan kau mungkin tidak peduli. Tapi aku peduli. Aku sudah lelah bila ditegur dalam tersurat apatah tersirat. Aku sudah puas merasakan semua dosa mengena atas hidung sendiri bila disebutkan. Aku juga ingin yang jernih jernih tapi aku sudah tidak mahu berusaha.

Aku hanya takut dengan kelibat aku, atau kehadiran aku, atau suara aku, aku musnahkan keadaaan. Jauh dari dalam, aku tahu aku tidak diperlukan.

Dan aku sangat ingit memberitahu jelas. Ya. Aku inginkan komunikasi. Bila kau memilih diam yang kau fikir terbaik, aku harus bagaimana lagi.

Diam menghasilkan kudis. Pada semua pihak. Diam menyebabkan timbulnya cerita yang macam-macam menyebabkan kudis terusan membusuk. Dan diam pada satu keadaan adalah tidak membantu kerana pelbagai cerita mula direka.

Boleh tak kau berbicara? Kerana diam pilihan itu berbau busuk.

Langit tetap ceria. Burung terus bergembira. Mengapa perlu menderita?

p/s: Kalau ada yang terasa, bukan kau. Kerana aku tidak rasa dia kemari. Sudah benci, bukan?
p/s/s: Kalau kau terasa aku menulis untuk sesiapa pun, bukan. Bukan apa yang kau fikir.
p/s/s/s: Aku tak sepatutnya tulis tapi aku juga pernah diperkatakan begini, tak mengapalah. Lagi teruk. Aku hanya menulis untuk mengurangkan resah. Itu sahaja.

~ oleh INFINITY di Januari 30, 2010.

5 Respons to “Biru”

  1. “Kita tak kan mampu mengambil hati semua orang. Tapi kita mampu untuk mengambil hati kita sendiri..” ;)

  2. “manusia mempunyai sekeping hati yang sukar didefinisikan.disebabkan itu,walau segunung emas diberikan kepada setiap jiwa,nafsunya takkan puas.walau segenap hati dan cinta dikerahkan untuk setiap manusia,takkan ada yang bisa tenang..berbicaralah dengan Allah,kerana redha manusia itu lebih berkah dari redha sedunia manusia..”

    salam ukhuwah

  3. Hidup umpama percaturan…hanya yang memahami makna hidup akan lebih tenang dalam setiap perbuatan…akal yang ada di guna seimbang supaya hati insan lain terjaga.!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.