O.K.U
Hari ini hari Khamis. Hari yang penat. Pun, macam biasa, hari-hari aku di USM pastinya sungguh menarik walaupun tiada apa-apa. Hanya satu perasaan. Gembira.
Oh. Sudah kalih juga dengan pertanyaan kaki. Dan, aku rasa aku tak mahu buat ACL reconstruction. Setakat ini aku tidak mahu. Mungkinlah.
—
Di bawah ini, Qayyim. Orangnya comel. Mahu dengar suara dia? Dengarkan di KELANTAN FM setiap subuh. Azan itu dia kumandangkan. Qayyim bacakan aku buku cerita bertulisan braille. Dia juga taipkan nama aku dalam tulisan unik ini.
Sungguh kagum. Sungguh terharu. Sungguh menginsafi.
Dulu, masa belajar hak asasi, lecturer ada sebut perihal OKU. OKU bukan Orang Kurang Upaya. OKU adalah Orang Kelainan Upaya. Mereka berupaya, cuma keupayaan mereka tidak sama dengan manusia normal. OKU yang kurang upaya adalah orang macam aku. Asalnya boleh berjalan normal, kemudian tidak. Aku tidak berupaya melakukan sesuatu perkara dan tidak compensate keupayaan itu pada anggota lain. OK? Faham?
Kisah ini ketika aku dan rakan sekelas menjalankan aktiviti pameran Patologi Pertuturan dan Audiologi di Institut Perguruan Kota Bharu. Perihal isolasi. Semua manusia berhak untuk hidup sesempurna mungkin tidak kira dia siapa, cacat atau tidak, berupaya atau tidak.
Duri. An.
“Kak Huda, jomlah. Prof Din bawa kereta juga. Bolehlah kalau nak ikut,”
“Erk! Kak Huda tak siap apa lagi ni. Kak Hud tak jaga booth hari ni, Kak Hud just nak dengar talk je tau,”
“15 minit kitorang sampai depan Blok B,”
Erk!
Tak lima belas minit pun.
Sepanjang jalan penuh durian. Musim durian. Terasa bahagia dengan nikmat dunia yang satu ni. Aku suka semua buahan tempatan terutamanya durian. Oh ada satu yang aku tak sentuh langsung. Limau bali. Tak tahu kenapa, tekak aku tak boleh telan. Pahit.
Tapi durian pahitlah paling aku suka. Rasa sebenar durian. Heaven!
Aku boleh habiskan 3 biji tanpa mengah. Durian dalam peti paling masyuk dan kalau ada durian dekat rumah. Tak ada breakfast, lunch and dinner pun tak apa. Macam aiskrim, tak ada makanan ruji untuk dua hari pun tak apa. Hoho.
“Hah, nak makan durian, siapa nak belanja?”
“Prof. Dinlah. Saya belajar lagi, Prof Din dah kerja,”
Hahahhahaha! Nikmatnya dunia.
He is the best Otorinolaringologist!
Antara sebab aku sayang sangat kesemua lecturer dan clinician aku. Mereka kebapaan, keibuan, ke’kakak’an dan ke’abang’an.
Ada ke ayat macam ni?
Tak kisahlah kalau kena hentam masa klinik pun kan?
Hihihihihihi.














perghh..i hate durian!!!
khud tamau mai penang ka??
mai la bawak makanan banyak2 ye?
ngeeeee