KakiKu
Ke Maktab Perguruan Kota Bharu tadi. Ada karnival pendidikan khas. Ya. Aku pergi hanya sebagai pelawat yang dapat makan free dekat meja VVIP. Terima kasih Encik Fadzil! Hehehehhe. En. Fadzil memang handsome! Boleh tak nak puji macam tu bila dapat makan free?!
Dan sebenarnya awal-awal lagi Prof Din tak kasi pergi.
“Huda tak payah pergi, kaki sakit,”
Aku? Aku gelak-gelak aja. Aku memang degil. Aku tahu aku pasti pergi. Aku sayang hidup aku di universiti. Kalau masih berkudrat, aku mahu nikmati setiap satunya.
Jadi tadi, aku ke sana jua. Melihatkan seorang pakcik mengalunkan ayat al-quran yang bertulisan braille. Seorang lelaki menghasilkan lukisan menarik hanya dengan menggunakan kaki. Seorang kanak-kanak buta. Berkomunikasi dengan bahasa isyarat.
Pemandangan pelik.
Pemandangan menginsafkan.
Aku masih boleh melihat dan dalam masih selesa dengan pemberian nikmat percuma ini, berapa kali sangat aku membaca Al-quran dengan sepenuh hati. Oh!
“Datang juga budak ni?! Kaki tempang macam tu. Haih,”
“Hehehe. Kaki je tempang Prof Din. Tangan, mulut, telinga semua OK,”
Dan Ke Kampar pula malam esok. Sila rindu aku selalu ya! Handphone aku ON je.










degil tul dak ni, degil……….
hahaha………
letak le gambar kat situ, huda………
nak gak tengok lukisan pak cik tu………
bukan degil la. cekal.
p tido huda.