Lelaki, Sila Bercakap Lebih
Hari ini atau semalam tepatnya, hari bermula sedikit bengang. Aku bangun dan macam biasa aku akan berfikir susunan jadual apa aku nak buat hari ini. Aku, kalau buat jadual aku hanya berfikir benda tanpa includekan masa. Macam dalam sehari aku ada 5 benda nak buat, aku akan pastikan 5 benda tersebut selesai. Masa adalah perkara lain. Aku hanya takut kecewa tak siap on time.
Bangun. Panjat tangga nak gosok baju. Naik-naik, elektrik tak ada. Nak marahnya. Dahlah nak memanjat tu kena tarik nafas turun nafas. Oleh kerana aku tak nak rosakkan mood aku, aku tenangkan diri. Sudahnya aku mandi segala bagai dan menggosok baju di Nurani puteri. Merempat sungguh.
Tadi ada appointment ortopedik. Aku skip kelas demi appointment, bila pergi nurse kata doktor lambat lagi. Adeh. Berteleku di foyer mahu buat pilihan bijak. Masuk kelas atau duduk dan tunggu atau dengar talk dekat ORL. Bila pergi, ORL kosong. Aik? Bukan pukul sepuluh ke?
Sudahnya ke library pinjam buku dan ke kelas seterusnya dan berjumpa dengan beberapa orang staff USM yang tak dikenali bertanyakan perihal kaki dan paten berjalan aku. Manusia di sini sangat prihatin dan sebab itu aku sayang USM. Antara alasannyalah aku mahu di sini.
Aku masuk kelas. Aku tak ada mood. Aku tak tau mood aku pergi mana dan paling malang lagi, it just dissapear all of sudden. Aku masuk kelas dan sebab aku budak baik, aku duduk depan dan berlakon sehabis baik berjalan sesempurna mungkin. Ya, aku tak suka dikasihani. Aku rasa bodoh. Aku lagi rela tolak semua tawaran makan, minum, jalan, bergumbira dan sebagainya dengan pelbagai alasan rekaan khas hanya demi menolak dikasihani.
Kemudian, aku terlepas appointment. Aku pergi 12.30 tengahari. Memang. Memang aku sengaja lambat. Sudahnya aku jumpa Prof. Faisham dan Dr. Azman di luar. Kebetulan diorang sebenarnya dah nak keluar sebenarnya. Aku banyak kali ulang benda ni dan aku nak ulang lagi, aku sayang semua Dr. yang rawat aku. Sangat baik.
ACL reconstruction. Ya, kena buat. Kalau tak, kaki aku tak akan dengar cakap otak aku. Bila aku berhenti, dia sibuk nak mengekalkan inersia berjalan. Sudahnya, I’m in pain. Damn pain!
ACL reconstruction. Insyallah lepas exam sem ni with 7 months recovery period at least. The first 2 months may be the most difficult part. 5 months later just need to eliminate and reduced physical activities yang berat. Dengan berat hati aku dengar, termasuk berlari.
Aku kerling raket badminton, pingpong, bola bola keranjang, baju taekwando. Aku masukkan dalam kotak dengan nafas berat. Tak mengapalah.
ACL reconstruction. Aku hanya harap satu benda. Harapnya masa OT nanti, since banyak kawan aku dah mula posting praktikal, salah satu atau dua dari mereka akan menemani aku dalam OT. At the same time they can have the oppurtunity observing keluarkan hamstring, skrukan semula pada femur and tibia gantikan ACL asal yang malang itu. Sangat berharap and its win win though. They can have expriences for the sake of studying and I’ll have hand to hold on the other hand.
Masanya masing panjang.
—
Lelaki, sila bercakap lebih ya.
Sungguh seronok belajar subjek tadi. PEDIATRIC AUDIOLOGY. Yehaaaa!
Fetus di dalam perut boleh mula mendengar seawal usia 5 bulan kerana organ pendengaran mereka, koklea telah fully developed. So, talk to your baby ya!
Muzik bayi ketika dalam perut adalah degupan jantung ibu. Tak percaya? Sila buat. Ketika anak anda, newborn yang menangis sampai bergegar rumah, dengarkan dia dengan degupan jantung. Degupan jantung yang calm lah. Kalau hang bagi dengar heartbeat baru lepas berlari, aku tak jaminlah keberkesanannya. She/he/ they (in case of twin hehehe) will be insyallah slowly slow down their great great great high frequencies of voice. Uh!
Sebab diorang rasa macam balik semula tempat asal, dalam perut dulu-dulu. Hebat tak perut mak ni? Bukan ada katil dan cadar dan cormforter yang heaven. Tapi, itulah tempat paling selesa dan disukai bayi.
Syokkan jadi perempuan? Dalam diri sendiri pun ada rumah yang bak syurga bagi manusia bernama bayi ni.
Masa 5 bulan tempoh mengandung, perdengarkanlah benda-benda yang baik. Sebab fetus masa ni sensitif dengan bunyi. Mereka mendengar. Tak percaya? Tak percaya, sudah. Hahahha.
Aku mahu tanya. Bunyi travel mudah dekat benda keras atau lembut?
Biar aku jawab. Benda keras. Sebab tu kalau nak dengar keretapi ada ke tak, letak telinga pada rel. Sebab rel keretapi solid and sound travel faster and better. Dan telinga manusia yang unik ini mudah menerima bunyi yang berfrekuensi rendah dulu dan kemudiannya sederhana. Seterusnya barulah tinggi. Hebatkan? Koklea yang 2.5 cm itu sahaja boleh membahagikan frequencies into its own position.
Aku tak nak masuk anatomical part. Aku hanya mahu menyampaikan sesuatu untuk digunakan semua orang. Disebabkan perbezaan stiffness koklea, low frequencies lebih mudah didengari. Oleh kerana suara lelaki berfrekuensi rendah, dan bayi berada di dalam perut ibu which is can be considered as solid part so low frequencies will be much easier to be heard by the baby/babies.
Low frequencies dominated by guys. Jadi lelaki di luar sana, selalulah bercakap dengan bayi di dalam kandungan isteri anda, atau ibu anda, atau kakak anda. Dengarkanlah perkara-perkara yang baik. Mereka di dalam ‘rumah’ yang heaven itu sedang mendengar.
Dan mereka mendengar lebih mudah dengan suara kaum Adam.
p/s: Sebab tu Islam suruh si ayah mengaji pada isterinya yang mengandungkan? Selain calming si isteri, it’s seriously for the baby.
p/s/s: Idea datang dari Dr. Normani untuk tulisan ini. Ariagtor Gozaimase.










………
kau memang kena kahwin le……..
Salam Huda. Best of luck for your ACL reconstruction, ya.
Entry yang best dan menarik!
Kagum kan dengan penciptaan telinga dan pendengaran? Sebab tu Allah banyak kali sebut dalam Quran: “Dialah yang menciptakan kamu dan memberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati…” Kenapa agaknya Allah selalu ulang2 dalam susunan yang sama? I bet He created ear(hearing) first, then eye(sight), then heart(or liver??) [malas nak buka buku embyology yang entah dalam kotak mana ntah..] Anyway, a good point for us to ponder upon. Syukran ya ukhti. ^^,
kelahkah and very informative. bila boleh taaruf dalam YM yah? takut ganggu