Sayang Kamu
Hati hitam mengenangkan,
Dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh tuhan maha kuasa,
Terima taubat hamba berdosa.
~Hafiz Hamidun & Irsyadee
Hari ini daftar masuk asrama. Hari ini saringan H1N1 batal. Hari ni angkut mengangkut. Hari ini adalah hari yang sudah menjadi semalam saat entry ni ditulis.
Kalau kita buat baik, orang akan buat baik semula. Kalau orang berbuat baik, kita jua harus membalasnya. Entah. Aku mahu dedikasikan entri khas ini. Khas kerana aku bercerita pasal seseorang. Khas kerana aku khaskan ia. Khas kerana khas itu sebahagian dari perjalanan hidup yang mewarnai susah payah.
Terima kasih pada Azah. Terima kasih yang tak terungkapkan. Kalaulah terima kasih itu boleh dibayar, jujur kata tiada harga. Masa aku sakit, sihat, susah, senang, sukar, suka, duka.. Azah, selalu ada. Semua orang boleh menjadi kawan, tapi belum tentu yang semua itu boleh menjadi sahabat.
Kaki macam ni, tak mampu nak angkut barang. Azah yang tolong. Oh. Terharu. Kaki macam ni, jalan lambat. Azah tunggu dan jalan mengikut rentak sama dengan aku. Dengan kaki macam ni, Azah tak malu berjalan dengan aku walau setiap kali aku berjalan, setiap kali tu aku kena tarik nafas untuk pandangan bersimpati. Macam mana berkali-kali aku minta maaf sebab menyusahkan dan suruh dia pulang aja dari tunggu aku, Azah tak berganjak pun. Ke hulu ke hilir mencari doktor ortopedik demi sekeping surat dan room bawah, Azah tetap setia tanpa keluhan.
Dekat sini mungkin tak ada Thia, Timah, Zati, Nadiah untuk tolong aku macam dekat sekolah. Tapi aku tak rasa lonely kerana ketiadaan mereka berempat. Aku ada Azah. Sesekali aku rindu untuk ada mereka berempat itu saat sukar macam ni, tapi takdir tidak memungkinkan.
Aku ada sahabat. Selalu ada. Sentiasa. Bila aku bersahabat, kawan itu hingga hujung nyawa. Sebab, hanya berapa kerat sahaja yang boleh tahan dengan aku. Yang berapa kerat itu, aku tidak mahu hilangkan dan lenyapkan.
Berpindah ke blok B. Syukur ada streamyx ZONE di sini. Tak perlulah aku bergantung seratus peratus pada internet USM yang cun yang kalau nak download jurnal boleh buat pusingan bangun tidur berganti-ganti. Oh!
Blok B oh Blok B. Tak boleh dahlah usha-usha mamat handsome. Erk! Macamlah selama ni aku usha.. Hehehe. Ayat bajet mulia sungguh.
Oh. Blok B ada Aimi. Terima kasih teman aku malam ni. Arigator Aimi chan. Harap-harap roomate-will-be ni bermurah hati nak tukar bilik dengan Aimi so Aimi will be my roomate. Hopefully. Satu bilik je pun beza.
We’re so nice, that’s why HE has created us. Friends are nicer, so HE has created them too. And because we’re the way we’re, the nicest things appear!
~hudamustaffar
p/s:Lately aku asyik dengar lagu-lagu jiwang Inteam, UNIC, Hafiz Hamidun of course lah kan. Aku macam terasa-rasa balik zaman menengah agama yang di penuhi nasyid. Mengapakah?
p/s/s: Kalau kita minat orang, konon-kononlah bayangkan Hafiz Hamidun (HH). Kalau dia tanya kita sihat ke tak je pun. Hati dah berbunga-bunga riangkan? Gila!
Aku. Rindu. Berlari…. T_T










plan A-holiday ke kuantan.
plan B-date ngan khud n knad kat USM. hehe. nanti free roger2,nanti saya datang bwk durian,hua3.
take care.
sebut makanan laju je. hahaha