Sila Cuba
Tadi, geng aku TBS (Team Best Student) kononnyalah datang rumah. Oh sangat bahagia. Tapi Timah dan Thia je datang. Tak pe, lain kali semua kena datang lagi.
Dari sekolah aku ada satu perangai pelik. Aku suka membuat satu-satu benda jadi permainan untuk bertambah menarik. Kalau tak untuk orang lain, untuk diri aku sendiri pun jadi.
Untuk orang lain seronok juga terutama untuk budak-budak. Antaranya bila dekat kampung ada baju yang saaaaangat banyak untuk di lipat lalu,
“Siapa lipat baju dia paling cepat habis, Syida belanja coklat,”
Sebenarnya aku malas nak lipat baju-baju. Hahaha. Aku tak suka benda-benda berkaitan dengan baju. Aku suka pakai je baju. Kalau dengan kawan pun aku suka wujudkan permainan. Banyaklah benda, malas cerita. Oh, sila abaikan nama aku yang dipanggil ‘Syida’ tu. Lemah gemalai pula bunyinya. Saudara mara aku panggil dengan nama tu. Hoho.
Untuk diri sendiri lagilah tak terkira banyaknya. Dan ada satu permainan yang aku suka main kalau aku bosan dalam kereta adalam perkataan dalam perkataan.
Contohnya bila ayah aku berhenti berehat penat bila balik kampung, selain kira kereta yang berwarna merah sepanjang jalan, aku suka permainan ni la. PDP..Perkataan Dalam Perkataan.
Pandang signboard, AWAS. Hasilkan sekurang-kurangnya lima perkataan lain dari perkataan ini.
Dalam perkataan AWAS ada berapa perkataan dalam tu.
1. SAWA
2. WAS (was-was lah kononnya)
Kalau tak ada dalam melayu aku tukar inggeris.
1. SAW
2. WAS
3. AS
Semakin sikit huruf dalam perkataan pertama, dan semakin banyak perkataan yang dapat dihasilkan selepas itu, maka berjayalah aku beat dengan diri sendiri.
Pandang signboard lain, MULA.
1. ULAM
2. MALU
3. ALU
Hahahah. Kemudian nampak PETRONAS, dan cuba segala jalan kat signboard biru tu. Cuba korang try untuk diri sendiri, pasti hidup kat tepi jalan pun tak bosan. Hee~
Kalau tak ada kerja lagi aku kacau adik aku.
“Adik, cuba teka angah pegang gambar siapa? A..Mak. B.. Ayah.. C.. bla bla bla,”
Last-last mesti adik aku tak nak main sebab bengang semuanya jawapan dia salah. -_-”
Tujuan entri ni? Aku dah nak balik USM malam ni. Walaupun mak ayah aku berkeras nak hantarkan, hati aku keras lagi tak bagi. Survival. Be strong. Oh! Berjalan kaki sendirian esok mengingatkan aku dengan ini, Ogos tahun lepas permulaan kisah AC ligamen yang putus dua. T_T
Hari itu lebih sukar. Maka esok harus jadi sudah biasa.
Smiling from the bottom of heart, world will be much nicer. No worries, little heart!
~hudamustaffar










Tinggalkan jawapan