Kepala Hotak Kau!
Panas..Panas!
Petang tadi keluar ke Kajang Point untuk membeli beberapa peralatan sebelum balik ke USM. Almaklumlah kaki belum sempurna sepenuhnya, maka barang-barang penting perlulah diselesaikan awal. Barang penting tu bukanlah mahal sangat. Takat syampu, body shower, sabun itu ini. Hee~
Pentinglah tapi.
Kemudian masuk ke kedai kasut untuk membeli kasut bertapak rata. Sebenarnya, aku tak reti pun berkasut tinggi. Hahahaha. Selama ni kasut aku bertapak rata je. Cuma kali ni, ayah mahu beli kasut kulit. Kasut biasa habis satu sem sure pecah tapak. Aku setia pakai kasut. Kalau satu aku dah suka, yang itu jelah aku dok pakai. Hoho.
Hari ahad. Pusat bandar penuh dengan manusia. Nak letak kereta terpaksa tawaf berkali-kali. Tapi, alhamdulillah, hari ni senang dapat tempat. Rezeki kaki sakit kot.
Pukul 2 nak bertolak balik. Mangkuk tak mangkuk manusia ni, ada satu kereta parking belakang kereta bapa aku. Tempat itu bukan tempat parking kereta ye. Aku agak dia nak pergi kejap. Well, sepatutnya kalau nak pergi kejap pun, tinggalkan no telefon ke kalau desperate sangat tak ada orang nak tunggu.
10 minit berlalu. Dahlah panas. Satu keluarga aku jadi hangin. 2 kenduri kahwing kawan ayah aku duk menunggu. Aduhai. Ayah jadi geram. Bukan takat ayah, aku pun!
Ayah pergi Mydin depan tu suruh buat annoucement. 10 minit berlalu, masih tiada orang. Fuh! Membara! Ada 3 orang lelaki bersama ayah. Kerling jam. Dah setengah jam tersadai tak dapat keluar sebab ada orang kurang cerdik akalnya parking kereta halang laluan.
Telefon Majlis Perbandaran suruh angkut kereta tu. Ahad. Cuti.
Ayah geram. Ayah dan 2 orang lagi cari besi kecil. Aku cuak juga takut ayah hampuk cermin kereta tu. Hon tak mahu. Annoucement tak dengar. Lama pula tu. Ayah ambil keputusan nak umpil pintu. Ayah kata, nak parking macam tu parkinglah. Mungkin dia ada emergency case. Tapi free kan lah handbrake tu. Boleh orang tolak.
Tapi iyalah. Bukan pencuri amatur kereta, memang tak dapat bukalah.
Aku dah hangin satu badan.
Ada dua tiga manusia silih berganti berhenti. Last sekali perempuan dan keluarganya. Setiap yang datang tengok turut menyumpah seranah. Tambah dosa betul. Tapi dah marah punya hal.
“Bodoh betul! Ada pula letak kat sini,”
“Entahnya. Andaikan saya ada emercency case nak beranak ke apa, tak ke satu hal,”
“Inilah orang melayu. Bukan, orang Malaysia. Hish!”
Cuba dan cuba dan tak berjaya. Kalau ikut marah memang nak pecahkan je tingkap kereta tu.
“Sorry..sorry that’s my car!”
Seorang foreigner datang dengan muka berlagak tahap gaban. Cis!
“You punya kereta ke?”
“What? My car,”
“You tahu tak pukul berapa sekarang??”
“I just went for just a minute,”
“Hey!!! A minute?? What the hell of watch you look at? It almost an hour!”
Ini aku marah ni! Bapa aku tak boleh speaking, biar aku yang cakap. Aku boleh! Lantaklah cincai boncai pun. Asal kau paham sudahlah! Tak ada budi bahasa pula tu. Muka menyombong! Kalau cakap baik-baik, relek lagi. Ni macam bapa aku pula yang salah.
Dia pergi Mydin depan tu je. Tapi annoucement dalam bahasa melayu, mana dia faham. Pengajaran, sila buat annoucement dalam dwibahasa. Takut-takutlah orang asing yang bijak sangat yang buat benda tak disenangi tu.
Laki seorang lagi masuk line.
“Your handbrake..down! Put it down!”
“What?!”
-_-”
“Free your handbrake next time you want to park your car. People can move your car away easily. But anyway, this is not the parking area, OK?”
Senyum. Reti pula senyum. Aku pecah cermin tu baru tahu.
Well. Kalau dah macam ni gaya. Bukan kat Malaysia je macam ni dia buat. Mana-mana pun iya kalau dah jadi tabiat. So, manusia kat luar sana, bertindak bijaklah ye. Letak no telefon ke kat dashboard macam bapa aku buat. At least ada orang nak dihubungi.
Aku minta maaf juga sebab berprasangka Buruk pada orang Malaysia walaupun memang ada yang berperangai macam ni. Tolonglah jangan rumitkan keadaan. Sakit hati tahu!
“Kenapa ayah tak biar angah cakap tadi. Ayah cakaplah, biar angah translatekan,”
“Biarlah. Karang jadi kecoh. Orang ni bukan boleh kira,”
“Tak apalah. Ada hikmah ni. Mana tahu Allah lambatkan kita macam ni sebab nak selamatkan kita. Agaknya kalau tak ada kereta halang, kita kemalangan ke?”
Sekali lagi, sila freekan handbrake anda atau letak no telefon kalau nak parking macam orang tak cerdik itu ye!










sabaq no… orang bukan msia, macam tu lah. hehehe
waaa, dgr je tajuk dh menakutkan..hehe..
Sentiasa berdoa utk kesejahteraan hidup.
patutnya ko handbrake je muka foreigner tu kat tayar keter bapak kau. confirm lain kali dia naik beskal , tak berani bawak keter dah