Kisah Kita

 

Kalau aku berkawan, aku mahu bersahabat sampai syurga. Aku mahu berteman hingga ke hari tua. Bukan hari ini di sini, esok aku sudah tidak tahu kamu ke mana lagi.

Walau aku kasar, jauh di sudut hati aku, sahabat adalah manusia terpenting. Walau kau selalu mengenakan aku, itu satu kenangan kini. Walau antara kita pernah bercakaran, bermasam muka, memerli, tapi kita terima semua kelebihan dan kekurangan antara kita. Tiada dengki, tiada iri hati, tiada benci. Walau kita jarang berSMS, call, emel dan segala bagai ruang kemudahan komunikasi yang ada, kita tahu hati kita sama. Kita ada kenangan, mungkin berbeza dari apa yang orang lain ada. Kita punya perasaan, sama untuk menjaga hati sesama kita.

Kisah kita unik, kisah kita aneh. Tapi, DIA, di atas sana sudah mengatur terlalu sempurna.

Aku teringatkan zaman persekolah menengah aku. Ketika cuti semester yang panjang, biasanya aku dan dia-dia ini akan mengatur janji untuk bertemu. Paling sukar, berjumpa aku. Nun jauh tercampak di Kelantan. Mereka di atas hanya sekitar Kuala Lumpur, bandar metropolitan. Mungkin ada sedikit jauh, jarak sekangkang kera di Negeri Sembilan.

Ya. Kisah kami unik. Sekurang-kurangnya pada firasat aku. Oh, gambar diatas ada tujuh manusia. Sebetulnya lima antara kami. Dua lagi tambahan persahabatan. Lima antara kami punya cerita pertemuan atas satu nama, zaman persekolahan.

Sebetulnya, kami bukan pure maahadians. Satu sekolah terkenal di ibu kota Kelantan, Kota Bharu. Kami bertemu di sebuah sekolah masih di bandar cuma tidak terkenal, Pasir Puteh. SMU (A) Saniah. A dalam kurungan menandakan arab, sayangnya satu pun antara kami tidak bertutur se’arab’ yang boleh. Hii~

Kami tidak sekepala. Langsung. Dan di Saniah, aku antara manusia yang biasa, menerangkan satu keadaan, I fight for attention which I had none. Well, doesn’t matter. Aku dah dapat semuanya, tuhan itu adil bukan? Kami selalu sekelas, kami selalu ke kantin, kami selalu ponteng kelas sama-sama, menyorok dalam loker sama-sama, kantoi sama-sama, kena basuh tandas guru sebagai denda depan abang-abang tingkatan enam yang poyo sama-sama, kena kutip sampah tengah hujan sama-sama, fly atau keluar curi sama-sama dan sebagainya. Oh, exception pada seorang kerana dia antara yang terbaik antara kami.

Sampai tingkatan dua, alhamdulillah kami semua mendapat keputusan agak memberansangkan untuk berpindah ke sekolah memberansangkan juga, Maahad. Sekolah arab setiap tahun punya periksa besar bermula peralihan dan pengecualian untuk tingkatan satu dengan lebih dari 20 subjek setiap tahun. Tapi tak bergeliga pun otak aku. Hahaha. Kami semua juga tidak berjaya dengan keputusan sedikit bakal lulus untuk melangkau ke tingkatan satu. Sebab tu usia aku lewat setahun dari yang sepatutnya. Sebab itu juga mereka panggil aku ‘kak’. Dari tingkatan dua, PMRU, PMR, SMU, SPM, STAM, STPM.

Fathia masuk seminggu awal ke Maahad, kemudia aku dan Zati, Fatimah terakhir dan Nadiah tahun depannya. Oh Nadiah ini bukan Nadiah audio, secourse aku. Dia pure maahad.

Kerana Nadiah masuk tahun selepasnya, dia terpaksa menetap di asrama luar. Jadi dia terkecuali dari melakukan hal-hal gila. Zati, antara yang terbaik antara kami, juga jarang di denda. Hanya aku, Timah dan Thia, dan seorang lagi yang sama belajar di Saniah dan berpindah ke Maahad, Khairina, Kak In.

Kami satu kepala. Kalau nak cerita memang tak habis. Bermula dari melarikan diri setiap kali prep, hinggalah kena sebat sebab kesalah aku. Sampai mati, sampai akhir nyawa aku akan ingat ini.

Setiap seorang ada gelaran ‘G’ dan simbol tersendiri. AKu yang cadangkan dan lekat ke saat ini. Aku masih ingat macam mana ustaz pernah berkata yang bukan-bukan kepada aku khasnya dan tempias kepada rakan-rakan aku amnya, hari ini kami buktikan. Ya, kami nakal. Tapi kami bukan jahat. Fatimah sudah menjadi warak yang tidak aku sangkakan. Walhal dulu, dia kaki melawan juga. Dunia berputar dan manusia berubah.

Zati da’ Genial
The fairest among us. Kacukan cina melayu. Aku selalu fikir dia genetically bijak. Tak membaca pun keputusan gempak gila. Dia yang paling lembut dan baik. Jarang melakukan kesilapan. Jarang keluar curi. Jarang tak ikut peraturan kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan dia. Dia juga paling suka beli, share makanan. Mak dia punya pizza memang umph! Toche Zati!

Nadiah da’ Gentle
The tallest. Aku sekelas bersama kecuali pada tingkatan tiga kerana berlainan sekolah. Paling kuat ingatan. Semua tarikh-tarikh penting kami dia ingat. Kontra dengan aku yang tak pernah ingat terutamanya tarikh lahir. Dan kontra itu satu kebetulan yang menguntungkan. Kami sebilik di tingkatan lima. Dan sebilik itu bagi aku anugerah bila dia ingatkan jadual periksa, kerja rumah tapi sia-sia sebab aku tak pernah buat kerja rumah, IC dan kad matriks, mana aku simpan charger handphone yang kena sorok, dekat mana last aku letak buku rujukan dan segala bagai. Terima kasih Nad!

Timah da’ Genuine
The talkative among us. Well, suka merempat bilik Fathia dan aku. Yup, masa tingkatan lima asrama diseparatekan. Akaun di blok A dan sains tulen di blok B. As I said kami kan nakal, jadi Timah kena ke bilik kami kerana kami di sini lebih ramai. Biasalah kalau kena repot, naik turun pejabat, rotan, berdiri tengan panas. Dah kalih, sudah lali. Hari ini, kenangan itu sungguh seronok untuk diingati. Setiap kali waktu rehat, kami akan ke kelas Timah kerana paling dekat dengan kantin, juga kena kejutkan dia. Juara tidur dalam kelas! Termasuk aku juga. Timah paling syok sebab idea dia paling gila. Mungkin dalam bilik dia ada seorang kakak otai yang aku lupa nama, Timah telah berguru dengan jayanya! Syukran Jazilan, Moh!

Thia da’ Glorious
The thinnest. Hahahah. Paling keding. Makan pisang goreng as lunch pun dah cukup. Oh! Juga paling berani. Kadang-kadang bila saat genting mahu kantoi, sah-sah aku pucat tapi Thia sangat cool so aku pun jadi relek. Kerana dia kurus, dia selalu berjaya menyorok di celah sempit. Kalau kami terpaksa memanjat pagar melepaskan diri, Thia orang pertama akan di lepaskan untuk cari kerusi di sebelah sana bagi keselamatan bersama. Thia juga paling bijak matematik dan add math. Sangat contra dengan aku bila aku minat biologi dan benci angka. Thia selalu teman aku beli barang sebab dia sempoi. List barang aku selalu dia pegang dan carikan. AKu tukang ikut. Ya, aku mals cari barang di kedai. Nandre, Mek Ya!

Huda da’ ops.. aku rahsiakanlah.
Aku? Macam biasa tak ada benda yang baik untuk dipuji. Aku selalu tinggalkan Thia dan Timah sebab dia suka lambat. Pukul 2 kelas, pukul dua baru gerak. Tapi untungnya, tempat diorang dah tereserve sempurna sebab ada aku. Kitorang curi keluar selama setahun demi tuisyen luar. Setiap kali hampir kantoi, macam-macam strategi aku akan cipta. Selalu juga misi gagal. Antara paling aku ingat, bila aku taekwando dengan kawan lelaki dalam sekolah. Aku kantoi, ustaz halau aku keluar asrama. Dahlah kena halau, aku serabut jadi aku ponteng sekolah balik KL seminggu. Fathia dan Fatimah pulang bersama. Buka sekolah aku kena panggil badan disiplin kerana memonteng dan taekwando. Mereka juga kena. AKu kena buang asrama dan bakal di buang sekolah. Paling aku ingat aku tak tahu kenapa setiap kali aku buat salah, ustaz tak ada nak marah sangat. Siap boleh gelak bila,

“Bakpo bagitahu awok taekwando dengan pokcik hari tu,”
“Masa takut ustaz, semua orang menipu,”

Kawan-kawan aku kena marah juga. Ustaz nak kahwinkan aku sebab berdua-duan. Gila. Timah bersuara bila dia tanya balik ustaz mana tahu aku berdua-duaan? Dia dan Fathia ada dalam kelas. Ustaz tak nampak. Ya, diorang tipu demi selamatkan aku dari kena buang asrama, sekolah dan kahwin free. Gila! Aku menangis dalam hati. AKu ada kawan, yang sanggup selamatkan aku bila-bila.

Dari situ aku belajar erti kawan. Aku belajar erti sahabat. Walau aku buat salah, dari kena kecelakaan ngeri mereka menipu. Dan selepas itu aku kena basuh dengan clorox pula dengan mereka berdua. Tak kisahlah. Lepas kejadian tu, akulah manusia terbaik. Bangun pukul  5 pagi, qiam, masjid jemaah sokmo. Pun Ustaz masih benci. Salam aku tak dijawab bahkan dikeji pula. Tak kisahlah. Antara buat baik dan jahat, keduanya tak disukai, tapi lebih baik buat baik sikit.

Aku dan Fathia berkongsi almari, berkongsi barang mandi juga. Kerana Fatimah menetap sekali secara curi kami ada satu syampu, satu ubat gigi, satu cecair mandian, bedak dalam satu bakul mandi yang dikongsi bersama. Semuanya besar-besar dan cukup bulan kami beli yang baru. Mesti murah dan dalam kuantiti yang banyak! Hahahah. Jimat. Baju aku dan baju Fathia juga baju Fatimah. Merempatlah katakan.Tengah malam buta hari Jumaat adalah sesi basuh baju sebakul penuh. Baju sekolah, asrama dan harian untuk 4 orang, Weda (maahadians yang sekepala), Thia, Timah dan aku. . Sambil menyanyi-nyanyi kemudia kena marah dengan ustaz. Huuu~

Mungkin kenangan aku masa sekolah tak semulia kenangan kamu. Mungkin nampak macam aku rebellion. Dan kamu mungkin selalu merendahkan aku sebelum atau selepas ini kerana kenangan gila ini, perangai buruk itu, tapi tidak mengapa. Aku tak pernah kisah. Setiap orang ada tafsiran tersendiri dengan pengalaman masing-masing. Aku selalu pegang, aku cuma nakal bukan jahat.

Tidak pelik kalau tiba-tiba pukul 12 malam nama kami bertiga diannouce ke padang. Adalah kesalahn kami buat. Kenapa panggil tengah malam dan buang masa di tengah padang satu bentuk denda juga. Setiap kali itu, Thia dan Timah akan warning aku jangan buka mulut. Yup, aku sangat jujur dan naif, kononnya. Setiap kali kantoi, aku tak akan menipu lagi. AKu akan jawab dengan sejujurnya. Kadang-kadang lead pada kesalahan lain yang warden tak tahu pun. hehhehe. Susah jadi orang jujurni. Oleh itu, aku tak boleh buka mulut kecuali Thia atau Timah bagi isyarat. huu~

“Wei, espk besar kau nak kerja apa?”

1.Zati sangat suka akaun, sekarang dia di UKM mengambil jurusan akaun.
2.Nadiah bercita-cita mahu menjadi macam Ustazah Bahiyah dulu, Sekarang alhamdulillah jurusan Syariah USIM.
3.Fatimah sukakan perbankan Islam, juga di USIM.
4.Fathia gila nak kerja di pelantar minyak, semoga tercapai bila dia sekarang di UM Kejuruteraan Kimia.
5.Dan aku, aku mahu jadi wartawan dan penerbit. Jika tidak, aku mahu bekerja di dalam hospital. Alhamdulillah. Ini bidang aku.

Mereka tidak pernah baca ini. In fact, mereka tidak tahu pun kewujudan blog kawan mereka ini.

Aku suka kehidupan lalu aku.

p/s: Ayah aku suruh rekodkan rancangan HUJAH malam ini kerana dia ada kelas, sayangnya HUJAH bertukar manusia. Hehhehe.

~ oleh INFINITY di Mei 27, 2009.

11 Respons to “Kisah Kita”

  1. kau ckp dgn zati, kalau agak2 nak buat audit, sila hubungi aku. hehe..

    kau serius ke? tahun depan dia praktikal..

    • ok, dia blaja kat ne?
      bulan dec 09 aku ada pengambilan.

      suh dia apply cepat2.

      ukm. hahaha. aku tahu dia tahun 3 buka sem ni. nanti aku tanya dia. hehehe

  2. nice to read…

    Thanx =)

  3. huhu..terharu gle thp KL Tower ats lg dr KL tower!!thanks 4 being my fren hudz..

    Cakaplah KLCC. Hahahaha. Thanx for always being the best for me!

  4. huhu….aku mmg terharu thp cipan la bc pasal kisah kita ni..mmg hampir 100% complete citernyer..cumer pasal boram oink jew xdek..aku loni da digeelar wanita AYU oleh kosmet aki..neder nk terkepit nyorok2 lg..hoho..makasih byk2 bout dis blog..mmg mengharukan keadaan time skola dulu..dashyat seyh aku time aku lu..owh ader lg..pasal kter bermsg2 n kenekan oram..mu wat la pasal tu..hoho..owh..n psal sorok kasut dobitoh tu..owh ngn pasal pki sua tido wat ken dlm time g skola sbb kantoi x g assembly..huhu…miss school time..miss u guys a lot..

    hahhaha. aku pun ingat nak buat enty2 kenangan seyh. Aku teringat dikir barat. Sedih amat. Kau guna bahasa apa ni mangkuk? Susah aku nak baca. BTW, buat bersirila nanti. Whoi, camne sampai datang sini, mesti nad oyak!

    • hahaha..mmg dia yg kasitau kat ku..hoho..dia kan po mu..jujur teramat..dah ti..bkpo mu kasitau nad jew..hee~buatla..aku mau bc..dolo kan mu suker wat novel sendrik..skam da ad technology..gner la blok..wat novel pasal aku yg ayu..ahahahaah

      hello.. spelling blog, ok. hahhahahha. mu ayu ke? muntah aku!

      • hoho..yerla..ni sifat dengki mu yg xpnah ubh dr dolo….seb bek ku bermurah ati mau mik mu as student kat UTPU aku..muahaah

        bluek.. mu yang skam dah asyik tertipu dengan aku. muahahha

      • huhu~..sebab ku da insaf…kner ctrl level penipuan loni..kang tipo sokmo podio la nok katku..tonggu fariss mu dtg menyendeng2 kat aku?? hoho..HAWAM..gpom zmn keSYAITONAN aku uda nggak ader lg..kner folow timah yg warok loni..cmer nk tingglkn jeans n todom slempang n t-shrit ala2 nmpk shape..heheh/..perlu dibasuh ngn clorox byk2 oleh muh n nad lu (~versi tiru aytmu) even bpku sit komplen jew pakaian ku loni..

        itu maknanya bawa2 sedarlah sikit diri tu thia hoi! hahahha.Aku tak pakai berus clorox dah, aku bakai petrol terus. Apsal aku rasa bahasa mu semakin teruk ni, mu tak belajar BM ke kat UM tuh? huh!

        BTW, faris dah tak ada dalam kamus hidup aku. AKu tengah bahagia. muahahhaha

  5. huhuhu..aku pom torot mersakan bhawa BM ku da mkin worse ni..ohoh..owh..kirer mu da xkesah la klo ku berbahagia ngn faris..huhu..trimas my fwen

    amikle.. huhu

  6. [...] Tadi, geng aku TBS (Team Best Student) kononnyalah datang rumah. Oh sangat bahagia. Tapi Timah dan Thia je datang. Tak [...]

  7. BGUSLA KAK NI

    erk!

Tinggalkan jawapan