Jom Pergi Sekolah!
Sebelum tu, suka aku nak bagitahu entry kali ni akan padat dengan gambar. Aku sangat teruja untuk buat hearing screening dekat sekolah. Tapi, tak lama teruja aku tu. Aku memang mudah bosan, maaflah. Huhuhu. Gambar hiasan kat bawah ni, kucing. Kalau korang dari Nurani, sebelum kelas, mesti lalu jalan berbumbung, mesti nampak keluarga bahagia kucing ni kan? Sungguh comel mereka. Ada seekor lagi, warna putih. Aku tak upload. Yang ni yang buat aku tertari untuk snap berkali-kali. Tahu kenapa?
Mak dengan anak ni tidur tengahari buta tengah jalan. Tak segan orang lalu lalang. Hihihihi. Tengok cara anak dia tidur, terbongkang. Hahahah. Sangat comel.
Owh, aku ada nama untuk dua ekor ini. Yang putih bersih, Lela. Yang terbongkang kat bawa ni, Lila. Aku suka menamakan binatang, termasuk arwah ikan-ikan kat dalam kolam kat rumah aku. Antaranya, Sumb. Sumb (Baca as Samb eh) adalah ikan kap putih betina (Aku assume je betina sebab dia putih) yang sumbing yang mati serentak bersama kawan-kawan yang lain. Sungguh tragis. Ayah aku tukar air kolam untuk replace air baru. Mereka mati akibat keracunan klorin.
Sampai sekarang, kolam itu hanya tinggal ikan, ikan, ikan keli (aku rasa ada 3 ekor) dan bakteria, kuman, lumut, dan anak-anak ikan yang bahagia yang tak ada ikan lain lagi nak makan dia. Air kolam tu sekarang, kalah warna spirulina. Bayangkanlah sendiri.
Huh! Melalut!
Mak Borek, anak rintik.
Sekolah dan rindu!
Tadi aku ada sesi hearing screening dekat sekolah puteri. Puteri? Tapi semua student dia campur je. Hoho. Sangat gembira kerana ada Prof Din juga. Suka. Suka. Suka! Gambar kat atas ni, sebelum masuk sekolah tu. Terkenang zaman kecik-kecik. Zaman ada pendidikan jasmani yang kena tukar baju dalam toilet. Sangat rindu!
Malas nak tulis, biarpun dah berjela aku merapu. Buat screening bila ada Prof Din, jangan lepaskan peluang untuk bertanya sebanyak mungkin. Hihihi. Jangan sia-siakan peluang bila pakar turut serta. Tapi Prof Din tak lama. Hari ini hari Isnin, dia dan segala doktor pakar ENT ada klinik.
Tapi, sangat tak terfikir nak ambil gambar dengan dia. Sadis. Isk..isk.. Bajet concentratelaa tu. Hii~
Penuh konsentrasi. Hihihi. Kononnyalah!
History taking by me, and otoscopic examination by Riduan.
Bila bekerja, bekerjalah dalam kumpulan. Sebab dalam kumpulan, ada banyak kepala. Banyak kepala, banyak idea, maka mungkin banyaklah solutionnya kalau berakhir buntu. Mungkin akan ada arguing, tapi, kitakan profesional? Macam nak dapatkan diagnosis yang betul, involvekanlah ramai orang. Boleh elakkan misinterpret. Kan? Kita manusia. Manusia buat silap. Ini antara cara untuk kurangkan risiko silap.
Ya, kita berunding dengan manusia. Manusia punya perasaan juga ada nyawa. Tolong orang dengan cara bagaimana kita mahu ditolong. Rawat orang dengan cara bagaimana kita mahu dirawat. Fair and square.
Jika ragu-ragu, let other see what you’ve seen, and think together. Provide the best services for them!
Be confident! I am well trained!
Untuk samakan telinga student dengan paras mata aku, terpaksalah melutut. Hahaha. Mujurlah ketinggian membantu!
Let the proffesional help.
Finally, memang ada keraguan. Kami baru belajar, kami tend untuk buat silap. Tapi, kami harus, selalu dan sentiasa berusaha dan mencuba. Dalam kes ni, En. Fadzil tempat mohon tunjuk ajar kalau ada kekhilafan. Hahaha. Sangatlah banyak kemusykilan sampai terkejar-kejar dia. Kami budak baru belajar, Encik. Hii, sangat kesian! Waaaa, wish Prof Din ada kat sini!
This is our hearing screening team! Sila note Ika yang sangat poyo di belakang! (Najmi is the photographer)
Ada satu part yang tak boleh blah. Hii. Aku nak pergi toilet, dan aku tak tahu di mana. Aku tahu aku tak boleh jalan sorang-sorang mencari satu-satu destinasi kecuali memang aku berharapkan untuk sesat. Lalu, aku mengajaklah Azah teman. Tercari-carilah jalan ke tandas.
Memang nampak macam orang sesat. Lalu sorang student,
“Assalamualaikum, cikgu,”
Erk!
Dan sorang lagi,
“Assalamualaikum, cikgu,”
Dan, erk! Lagi.
Hehe.
Maka timbullah satu idea bila ada seorang budak lelaki dalam linkungan akhir menengah rendah atau awal menengah atas yang aku kira nakal-nakal sikit sebab dia memang menganying aku. Jagalah!
“Assalamualaikum cikgu, cikgu cari apa?” (nada mengada)
“Waalaikumussalam,”
“Cari apa cikguuuuu?”
“Owh, maaflah, saya cikgu baru kat sini. Saya nak ke tandas, boleh tunjukkan saya kat mana tandas,”
Ambik nak!
Muka aku ada muka cikgu ke??!


















wawawa..khud dah tukar profesyen ka??
cikgu huda!!
hai cikgu Huda…
kucing tu sangat tembam dan comel!! geramnyaaaaa!!!
Huda, kem salam kat Riduan.
HAHAHAHA.
aku mmg suka bg komen yg takde kena mengena dgn tujuan entri kau.
chekgu huda mesti mengajar pendidikan islam kan?
tak mungkin chekgu huda mengajar pendidikan jasmani.
ww