bawa aku kepadanya
Mungkin last post sebelum menjejak raya, mungkin juga tidak.
Saat ini, aku sedang melipat baju dan aku sedang bersedih hati. Selogiknya, aku menyesal. Mengapakah? Aku juga ingin tanya persoalan yang sama pada diri aku. Mengapa aku malam ini. Mengapa?
Saat ini, aku yakin anak kucing yang tinggal seekor lagi telah menemui ajalnya. Dan mungkin masih sedang nazak seperti tadi.
Asalnya aku nak pergi tengok tv, kemudiaan ibu kucing berlari terkam kaki aku. Aku rasa dia lapar dan aku hanya melihat sahaja. Sesaat aku terpandang kedepan, zuiin sedang mengiau tidak berhenti. Zuiin sedang dalam keadaan kematiannya. Cuma aku perhati, ibu dia tidak duduk rapat. Dan hanya memerhati jauh. Dan aku juga perasan, bila Zuiin mengiau kuat, ibu dia berlari cepat kearahnya. Sesaat itu dia berlari jauh. Aku tahu, dia tidak sanggup melihat anaknya yang semakin dijemput tuhan. Dan aku tahu, dia sengsara melihat tinggal yang satu ini, dan bakal juga pergi.
Aku berlari mengambil baki serunding untuk ibu kucing itu. Mungkin dia sudah kekeringan susu untuk anaknya minum. Mungkin dengan aku memberi makan, anaknya dapat diselamatkan. Mungkin. Dan jawapannya sudah tidak.
Aku memandang dan aku bersedih dan aku tersentuh dan aku menangis. Zuiin mungkin seekor kucing pada mata umum. Sekurang-kurangnya hanya seekor anak kucing atas dunia. Tapi, kucing ini nazak mengingatkan zaman aku dianiaya, dibuli dan dikhianati. Sehingga, inilah aku hari ini. Kasar demi menghargai diri sendiri.
Mengapakah?
Dulu ketika aku mula menginjak dewasa, zaman sekolah menengahku, aku selalu dimarahi kakak senior. Aku sangat takut bila dimarahi dan aku selalu bersedih sendiri. Aku masih ingat aku bagaimana rakan bilik sebelah membaling kunci tepat pada muka aku kerana marah. Aku diam.
Aku masih ingat bagaimana kawan-kawan aku pinggirkan aku kerana mungkin ketika itu aku tidak setaraf mereka, walaupun aku bersedih, aku berlagak gembira. Tidak ada apa-apa.
Aku akan selalu ingat, bagaimana rakan serumah membenci aku, hanya kerana tersalah meletak silap ke atas aku dan bukannya salah aku, lalu mereka membalasnya dengan membela hampir sebelas ekor kucing di dalam rumah.
Aku masih ingat ketika itu aku sendiri nazak kerana asthma. Masih. Masih tiada siapa peduli aku dan masih, aku berlagak biasa.
Aku. Masih ingat. Bagaimana satu malam aku tertinggal inhaler di ruang tamu rumah sewa. Ketika malam, dua keluarga kucing perlu diasingkan. Satu di dalam bilik, dan satu diruang tamu. Tidak boleh berjumpa kelak bergaduh hebat di dalam rumah. Aku. Sangat takut kerana aku sudah tidak boleh bernafas. Muka aku sudah biru dan nafas aku tersekat-sekat.
Aku, ketika itu, hanya mampu bergerak bersandar di pintu bilik. Menangis. Aku ingin bernafas semula. Aku merayu inginkan inhaler namun aku tidak mahu sesiapa dengarkan itu. Kerana satu rumah sedang memulaukan aku. Sungguh, itu sama sekali bukan silap aku! (dan sampai kesudah mereka tidak memohon maaf walau sepatah dengan aku)
Tiba-tiba seorang dari mereka terbangun. Bersimpati sedikit barangkali lalu menemani aku mengambil inhaler.
Esoknya, aku masuk hospital. Kerana trakea aku sudah hampir tertutup rapat dan paru-paru yang sudah tidak normal.
Dan, pernah sehari seekor anak kucing nazak kerana kebodohan mereka. Mereka sangat berusaha menyelamatkan anak kucing itu sehingga inhaler aku juga turut jadi mangsa demi kehidupan kucing itu. Dan bila aku yang hampir mati?
Aku sangat takut dulu menyakiti hati orang apatah lagi senior gila aku. Tapi aku mendiamkan diri pula bila mereka memperkotak katikkan aku. Maaflah, aku bukan begitu lagi kini! Biarlah aku jahat, aku sudah letih berlagak baik. Lembut sopan!
Hari ini juga.
Aku sangat menyesal atas segala kekasaran yang pernah aku lakukan pada adik bongsu aku. Ops, aku hanya ada satu adik.
Dulu, aku selalu sepak dia. Aku selalu tendang perut dia. Aku selalu sekeh dia. Dan aku pernah tampar dia. Aku pernah langgar dia dengan basikal. Aku pernah bawak basikal laju sampai dia jatuh terkoyak lutut. Aku pernah segala yang jahat pada dia.
Aku sangat dihantui itu sekarang.
Aku tidak tahu bagaimana aku ingin minta maaf sekarang. Dia sudah tingkatan 3 sekarang. Dan aku baru tahu tadi dia sedang dalam masalah yang kalau aku berada di tempatnya mungkin Peperiksaan Menengah Rendah aku akan terganggu.
Dia tidak pernah membenci aku. Dia tidak pernah lupakan hari lahir aku. Dia tidak pernah kedekut dengan aku. Dia sentiasa menjadikan aku sebagai inspirasi.
Saat ini, aku benci menjadi diri aku yang jahat ketika kecil dulu. Dan sekarang. Aku baru start baik dengan dia pun, serasa aku masa aku ditingkatan empat.
Bagaimana aku boleh meminta maaf?
Aku benci sekarang sesiapa yang sakitkan hati adik aku.
Aku tak dapat deny memang aku sangat jahat. dan aku tak pernah nampak satu kebaikan pun yang wujud dalam diri aku. Dan aku sangat tidak pasti kenapa personalitI aku adalah ESFJ.
OK, aku menangis sekarang.
Bagaimana aku akan jadi kakak yang baik? Bagaimana juga aku boleh jadi adik yang baik? Bagaimana aku boleh jadi anak yang baik? Bagaimana aku boleh jadi emak yang baik? Aku tidak ada ciri-ciri yang baik langsung.
Aku ingin pulang ke masa lalu, baiki semua benci dan jahat itu.
Bawa aku padanya!!! T-T










begitu ye cerita duka huda. hida tumpang simpati. tapi, as the pass had gone and became a history, just let the bygone be bygone and start a new fresh life ahead. sekarang pun huda boleh cuba untuk jadi kakak yg baik, adik yang baik dan anak yang baik, dan praktis utk jadi emak yang baik
. kadang-kadang, dalam leka menuju ke hadapan, sekali-sekala kita perlu menoleh ke belakang utk mengutip input dan pengajaran. p/s: maaf ye semalam internet disconnected. huhu.
sebak sy bace entry ni..stiap kjadian ade hkmah nye kan?nway sy singgah sni mule2 sbb nak inform ade kad rye utk akak..n then terbace lak entry ni..
p/s:sila lah ambil kad rye di blog sy..=]
wah..sya menangis bila citer sal kucing tu…
Heee.