Alahai Doktor Gigi. Eh,bergerak kamu!

Salam Ramadhan Al-Mubarak…

Dynamo. Softlan.

Alaa.. Mesti pasal baju lagi ni.
So what? Hahahah~
Well, aku beli softlan kaler pink baru dan dynamo yang kaler biru. Walaupun ada kaler kuning dan ungu, dulu mak aku pakai kaler biru. Jadi aku amik itu. Mengapa? Serik dengan perubahankah? Opps, tidaklah..

Aku Jarang Boleh Terima Pembaharuan Secara Tiba-tiba.

Psstt…sebenarnya dia takut busuk sama macam pelembut fabrik dia beli dulu. Hahahah~

Bila aku beli dynamo dan softlan baru, secara tiba-tiba aku jadi kerap basuh baju. Sekali pakai, dan terus basuh. Erk! Mengapakah lagi? Tapi, yang malasnya, hujan. Tak ada kata dua dah. Memang jawapannya BASAH LENJUN. Adeh!

Hehehe. Huda rajin membasuh??! Peliknya.

Kenapa ada entry ni?

Itulah sebabnya. Bukan aku nak bercerita pasal dynamo atau softlan aku baru beli yang berat menggila itu. Tapi kerana BOOSTER!

Apakah?

Apa-apalah. Yang pasti benda yang ada tu menjadi pemangkin dan penguat untuk sesuatu kerja dijalankan. Dalam erti kata lain, memaksa aku dan kamu dan kita melakukan kerja!

Masa aku kecil dulu, aku sangatlah takut untuk berjumpa doktor gigi. Emm, aku rasa semua budak macam tu kot. Ceritanya, first gigi aku untuk tercabut masa berumur lima tahun. Ayah bawa jumpa doktor gigi. Seminggu before tu aku minta gam baru dari mak aku, dan mak aku belikan kat kedai runcit wahid. hee! masih ingat nama kedai tu. Bukan sebab gam yang aku nak, tapi botol gam yang comel tu. (Tak adalah lawa pun bila fikir balik. Botol tu panjang je macam gam biasa cuma pembalut dia sedikit menarik, tapi aku lupa macam mana). Harga gam tu pun aku ingat lagi, enam posen.

Yang pasti aku sangat gembira dan saaaayang sangat gam baru tu. Walhal, aku tak pakai pun.

Berbalik pada jumpa doktor gigi lelaki tu. (Tengok, benda extreme, sampai sekarang ingat. Itu 17 tahun dulu). Aku juga masih ingat susana bilik tu. Warna coklat agak gelap, dengan kerusi macam kerusi malas, dengan doktor bertutup mulut. Pendek kata ngeri!

Ayah masuk sekali. Dan proses mencabut gigi bakal bermula. Bila suruh nganga mulut. Aku jerit, bertempik, meraung menangis. Aku tahu frekuensi dan desibel bunyi suara aku memang tahap extremelah! Kesian doktor tu. hahahahah! Terberhenti  kejap kerja doktor. Agaknya masa tu ayah aku rasa nak lempang je aku. Mungkin sebab depan doktor, dia tak lempang. Heee~ Ayah aku garang tau…

Kemudian. Secara tiba-tiba aku ingat gam yang aku sayang tu. Walaupun aku still menangis, tapi bunyinya sudah perlahan dan teresak. Dan tercabutlah gigi yang bergoyang selalu itu. Fuh, lega! Geleng kepala doktor. Ahaks!

Tau aku fikir apa? Ini aku tak tipu. Betul!

Aku fikir,

“Aku ada gam baru. Cantik. Doktor tak ada,”

Padahal, doktor tu boleh beli berbotol-botol gam yang lagi cantik dan mahal pada aku. hehehe~

Tak kisahlah. Itulah booster. Selepas pada itu, aku tak pergi dah klinik gigi. Emm, mungkin pergilah sekali dua yang aku terlupa. Situasinya masih sama, meraung menangis dan aku akan ingatkan benda lain yang aku suka untuk bertenang. Tapi yang pasti, dua tiga kali je aku pergi. Hehehe.

Kalau doktor gigi pergi sekolah, memang aku terpaksa rela la. Kalau nak tahu, kebersihan gigi aku masa kecil dulu, E! Tahap paling teruk. Aku memang malas gosok gigi pun. Betul ni. Lagi satu, lepas pada tu, aku lagi rela cabut gigi sendiri.

Sebab tu gigi susu aku bertukar kepada gigi kekal sangat awal! Sebab banyak yang rosak sampai kena tukar gigi kekal cepat-cepat! Kakak aku pulak, sampai sekarang still ada gigi susu. Kuat sangat gigi dia gamaknya sampai yang kekal kena duduk belakang. Heheheh~

Sekarang taklah! Gigi aku tersusun cantik dan kemas dan tidak ada berlubang pun dan PUTIH! Erk! Kemas tu tak lah. Kalau tak, tak perlulah aku tunggu turn untuk pakai braces dan pakai functional twin block appliance yang sengal saat nih. Aduhai! Tensi!

Hasilnya, sekarang aku tak sabar nak jumpa doktor gigi. Doktor Norehan yang cantik namanya. =)

BOOSTER!

Benar atau tidak?

Percaya atau tak?

Believe it! Each person need it! Such, medical student in order to succeed, they’ve to study damnly hard! An Audiologist to be, like me, in order to be tough, you’ve to be creative. What’s the booster then?

Well, as for me, I put the children as my tool to achieve it. Then how?

Cuba bayang bayi comel yang punyai masalah pendengaran tidak berjumpa aku dan bagaimanakah besarnya? Membesar dengan masalah pendengaran, sedangkan tiga tahun pertama adala tahun terpenting bagi mereka untuk simpan segala perkataan yang didengari, dan kemudian bertutur. Kalau tidak mendengar apa-apa, mereka hendak berbicara bagaimana? Sudahnya menjadi bisu juga. Mereka tidak bisu! Mereka hanya tidak mampu mendengar. Jadi mengapa harus dibiarkan bisu??!

Dan bila terlewat dipakaikan hearing aids, bunyi pula masalah besar. Kerana? Kerana bunyi menjadi alien dan mereka takutkan itu! Kamu juga bahkan.

They deserve a better life like me, like you. Like us!

So, that’s the booster. Ingatkan mereka dan mereka akan ingatkan aku untuk berjaya. It’s like a WIN WIN situation, isn’t it?

Nop, not really. Coz right now…im not studying at all.

Nak jadi padiatric audiologist konon. Bangun sahur pun liat!

Hahahahahahahahahahahahaha!

~ oleh INFINITY di September 6, 2008.

4 Respons to “Alahai Doktor Gigi. Eh,bergerak kamu!”

  1. “Aku ada gam baru. Cantik. Doktor tak ada,”
    ngahaha. ade gak eh begini..

    takpe2. tak liat dah kot nk bgn sahur smenjak dua ni. rice cooker ado dh tu :p

    budak-budak, memang camtu..ish..ish..
    hikhik..tak ada maknanya rice cooker tu. bahaha~ nak sahur sekali jomlaa..=) ari-ari masa sikit gila, malu ko puyuk..hik!

  2. x ske bdk2. -_-”

    saya suke!! hahaah~ kamukan bakal doktor encik…itu perlu.

  3. aku dulu pun takut bila time nak jumpa dokter gigi..
    takut sebab diorang guna alat yang amat ekstrim..
    contoh..gerudi gusi tu..haha..gerun ooo…

    tau takpe..ish..ish..ngeri!!!

  4. saya paling suka doktor gigi. tak pernah takut.haha.

    bagus2! hehe

Tinggalkan jawapan