B.A.J.U (kata lain untuk semua fabrik)

Cara-cara basuh kain aku.

1. Kumpul segala macam jenis fabrik yang ingin dibasuh.

i. Baju kurung biasa pakai gi kuliah.
ii. Baju T Shirt KO-K badminton dan baju T Shirt yang dipakai ketika kuliah bila bangun agak TERlewat. (Kes tak sempat gosok)
iii. Fabrik remeh temeh, stokin-stokin, anak tudung..bla..bla..bla…
iv. Kes khas : kain sembahyang, beg, cadar, pencil case, segala bagai yang menambah darjah tensi aku kena basuh baju!

2. Rendam.
Segala macam perkara yang disebutkan di atas, direndam secukup rasa dengan sabun buku, atau serbuk atau cecair. adeh!

3. Berus. Yang ini paling TENSI!!!
Memenatkan. Dahla pakai tangan. Aku alah pakai mesin basuh hostel. Tak bersih! Macam aku basuh bersih sangat. Maka berjogetlah aku basuh baju. Kalau aku basuh lewat malam, maka telinga aku disumbat MP3. Maka menjadi artis jemputanlah aku di bilik basuh malam itu.

TERIMA KASEY!!!!!

4. Bilas membilas.

Bila basuh, macam biasalah kena bilas. Macam makanlah kan. Mesti kena basuh tangan. Kan?? Kan?? Kan??? (Err..macam assigment cik Niza jet)

Membilaslah bagai.

5. Perah pulak dah!!

Untuk mendapat kesan seolah di spin oleh mesin basuh. Jadi, aku sangkut pada tiang paip dan memulakan aktiviti perah pulak. Letih woo….!

**Sekali terlupa tak letak softlan lagi.

6. Alahai softlan!

Arghhh! Maka, terpaksalah aku membancuh softlan agar kena baunya yang harum macam aku. Hahahahaha! Softlan kaler hijau dulu. Kerana terlalu gilakan hijau, aku mendiskriminasi warna lain. Beli softlan kerana warna botol Hijau. Sekali tidak wangi daa…maka aku bertukar warna PINK.

**Umah aku pakai kaler ni la. Wangi seyh!

7. Perah semula. Lihat aktiviti no.5.

8. Letak dalam baldi cantik-cantik.

Letak tepi bilik. Sebab aku selalu basuh lewat malam, jadinya esok before pergi lecture baru boleh jemur. Aduhai.

** Esok bangun cukup-cukup masa bersiap pulak. Aiseyman! Proses menjemur perlu selesai segera. Otherwise, basuh semula kerana bau softlan bau hapak. Adeh..adeh..adeh.!

9. Berjemurlah bagai tak ingat dunia.

Berdesup lah tangan aku menari-nari pada tiang ampaian.

**aku sangat skema bila menjemur. T Shirt mesti semua dengan T shirt. Baju kurung mesti dengan kain dan spesisnya. Dan begitulah kecerewetan gila aku yang mengambil masa hanya sekadar menjemur baju yang akan kering sesudah itu!

**tak ada pula baju tu extra wangi kalau aku susun elok-elok. Hanya ingin nampak cantik susunan baju aku di jemuran. HAMPEH!

10. Balik kuliah, angkatlah baju.

Paling bengan kalau terlupa dan terus masuk bilik dan terus tukar baju. Then..ting!!!!! Baju di jemuran!

Argh!!! Tukar jubah angkat semula. Sabar…sabar. Paling malang, aku akan menjadi ayu serta merta dengan memakai kain batik.

Kan aku dah kata aku cun! muahahahaha~

Err…paling sakit hati juga…balik kuliah, HUJAN. Bermandilah baju aku dengan rahmat tuhan itu. Adeh…

Langkah 1 hinga 10 terpaksa di ulang semula.

11. Lipatlah lepas tu!

Bab melipat kat rumah paling tensi. Baju aku tambah baju emak tambah baju ayah, along dan adik, menjadikan rupanya seperti gunung. Erk!

Maka, mata aku lebih pada tv dan tangan aku berhenti. Maka seharianlah. Maka menguap-nguap. Maka satu besen perlu seminggu untuk siap melipat. Maka mak aku bosan. Maka dia yang melipat dan sedikit bebelan. Maka aku hanya mampu tersengih. Hehehehe~

Tapi kalau kat sini untuk lebih kurang 15 helai..sejam jugaklah. hahaahahah! Padahal bukan lama pun lipat baju..kan..kan…kan.!

12. Melipat.

Lipatan aku pun bak kata mak aku ambil masa macam guna pembaris. Apa boleh buat. Cantik itu aku dan comel itu perlu. Muahahaaha. Padahal mak aku membebel sebab lambat dan terhegeh-hegeh.

Dan hasilnya, loker dan susunan baju baru basuh saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat comel. Bahahaha!

Inilah cara aku dan proses membersihkan baju.

Pengajaran : Annazofatu minal iman
                    Kebersihan sebahagian iman.

Signifikasi : Sebab aku kena basuh baju tadi walhal aku EXAM esok!!!

Erk. update blog boleh plak.

Heee~

Tak kesah. Esok aku balik umah. Boleh sambut merdeka kat umah. Makan banyak-banyak kat umah. Start puasa kat umah. Blueeeek!

Jangan dengki.

Babai!

~ oleh INFINITY di Ogos 27, 2008.

8 Respons to “B.A.J.U (kata lain untuk semua fabrik)”

  1. hahaha… lawak je buh entri pasal basuh baju. :P
    good luck exam.

    tensi tau basuh baju nih! hoho~

  2. aku selalu basuh baju pakai mesen je..letak sabun daiya tu terus wangi!!gunala sabun daiya!
    Daiya!daiya!daiya!
    (ini adalah iklan berbayar) ;)

    pakai mesen = malas…muahaha~
    tak ada maknanya! hee~

  3. ada unsur2 “mr.monk” sangat teliti dalam segala segi serta pembersih yang amat sangat! haha.. eh, dah pernah tengok ke citer monk? kalau tak, try2 lah usha.. hheheh

    pembersih yang amat sangat?? hohoho…saya tidaklah begitu encik kamitaken.. huhu~ dalam erti kata lain…sangatlah ‘rajin’…hehehe~

    citer monk?? xpernah la…hmm~ kene try tengok nih..huuu~

  4. eleh..entry kunun2 tnjuk ciri2 wanita idaman ar!!
    padahal…neve mind

    mu mmg bendengki je dgn aku…muahaha~

  5. lah..khud..khud..
    hakhak.. kan ika dh jeles :p

    akhirnye, step 1-10 perlu diulang
    sbb smlm ujan.. kan..kan..

    betol..betol..betol…hampeh
    ada cite upin ipin baru…yey!!!

  6. best la entri ni….
    huhuhu
    aku tak suke basuh baju…
    slalu aku akan kumpul tuk seminggu..
    time tuh ha..mati!!!!!

    hahaha..same! erm, ni sape eh?? hehehe..

  7. ish..mana ada malas la..
    hekhek..pakai mesen lagi jimat masa..
    betul sabun daiya wangi.. :D

    pakai mesen jimat masa konon, cakap je la ko dah timbunkan baju pastu ko rasa tak larat nak basuh kan..muahahah~ dah paham dah…=)

  8. huuhuuu…teringat tentang diriku la….hehe

    mengapakah? hehe~

Tinggalkan jawapan