Dulu dan Kini
Dulu dan kini? Aku tersedar satu perkara sepanjang beberapa hari ini.
Yang Pertama
Aku sedang mengecat ’sarang telur’ (tak tahu real word yang sepatutnya apa) demi menyiapkan mini klinik audiology untuk pameran konvokesyen Selasa nanti. Sedang leka mengecat, ada beberapa titis tumpah di seluar. Biar sahaja. Hati berkata, “boleh basuh,”. Dan aku meneruskan kerja.
Dan selang sehari, aku mulakan tugas membasuh segala jenis baju yang tertunggak. Dek kerana kulit sensitif, membasuh terpaksa gunakan gloves. Tak apa. Walaupun tak terasa nikmat menyentuh air dan sabun, tidakmengapa. (Tak adalah sensitif mana, demi menjaga tangan juga sebenarnya. Hee~)
Ketika sampai part seluar yang perlu dibasuh, terlihatkan titisan kotoran hitam itu. Letih menyental, tidak hilang juga. Musnah sudah satu seluar kesayanganku. Itu cerita kini. Dan, aku terkenangkan zaman kecil aku.
Satu ketika dulu, dalam darjah satu sehingga tiga, ada silibus pendidikan seni yang diwajibkan belajar. Dan masa kecil dulu, baju putih aku lebih banyak dari kakak. Kerana, baju aku adalah baju aku, dan baju kakak diturunkan pada aku. (Hakikatnya kini, aku sudah lebih gemuk dari kakak aku dan tidak boleh memakai bajunya lagi. hoho). Setiap kali ada kelas lukisan, itulah saat yang paling malas.
1. Kena bawa bermacam-macam kaler warna yang aku tidak gemar.
2. Dan bermacam-macam alatan seperti kentanglah, guntinglah, bendilah etc etc.
3. Dan bermacam-macam kertas kaler-kaler.
4.Dan berhelai-helai surat khabar.
5.Dan bermacam-macam lagi
Aduhai!
Masa tu juga aku selalu kena denda sebab tak selalu tak bawa kertas lukisan. Aku benci rasa takut tu sampai sekarang.
Eh, tu bukan cerita aku nak cerita!
Bila pergi kelas melukis masa kecik dulu, aku selalu tak siapkan lukian. Banyak berlakon melukis sebenarnya. Sampai part mewarna. Oh benci sungguh! Kerana, aku selalu mengotorkan baju putih suci murni itu. Dulu-dulu, pernah sekali masa pertama kali, aku saja kalerkan baju sikit sikit dengan water colour. Alasannya nanti balik, mak tengok betapa aku bekerja keras menyiapkan lukisan. Maka, adalah contengan-contengan halus di situ!
Banyaklah kau kerja keras!!
Biasalah, expectation budak kecik. yang comel!
Bila balik, ingatkan segala puji-pujian aku akan terima kerana kerja keras. Alih-alih, hee..teka sendirilah apa berlaku. Lepas pada tu, aku akan berhati-hati tak kenakan baju dengan watercolour. Tapi, aku memang careless. Tak pernah berjaya.
Emak tukar cara. Setiap kali ada seni, kena pakai baju yang dah aku kotorkan dulu-dulu. Biar jadi belacan. Tapi, sebenarnya aku perasan. Walaupun kotor, mak tetap sental. Sebab tu, walaupun pakai baju yang sama untuk hari seni, baju tu tetap nampak bersih, bergosok, kemas walaupun ada hasil seni tertepek di situ.
Emak. Memang menjaga kemas anaknya. (Bayangkan aku ada 3 pasang kasut sekolah yang berganti setiap hari. Emak yang basuhlah. Sekali lagi, masa kecik-kecik). Masa itu, aku kemas, walaupun bila dah nak balik, ala-ala belacan juga.
Sayangnya bila form 1 and masuk asrama tak macam tu dah. Baju sekolah kalau rajin dua hari sekali. Beg belacan juga. Paling teruk, kasut pernah sebulan tak basuh!
Dan ketika aku sental seluar semalam. Oh, susahnya menanggalkan kaler itu! Putus asa!
Mak dulu? Rindu mak!
Yang Kedua
Lately, hujan memanjang. Ada sekali tu, masyallah lebat! Balik ke hostel kena lalui bermacam rintangan halangan disamping mengusha abang-abang medik dental juga! Hakhakhak! Baju baru kaler merah aku pakai tak sampai sejam, basah dibuatnya! Basuh lagi! Malaaaaaaaaas!
Benda paling tak suka aku buat; lipat baju. Dan apa-apa berkaitan dengan baju, basuh, jemur, sabun sental..bla..bla..blaa! -_-”
Dan aku teringat zaman dulu kala. Bila balik sekolah dan hujan lebat, ayah pesan jangan balik naik bas. Tunggu ayah. Hujan lebat amat. Masih lagi teringat peristiwa hujan selebatnya itu. Aku?
Konon-konon nak tunjukkan dekat ayah betapa aku terpaksa melalui rintangan air hujan, aku sengaja biarkan basah banyak sedikit. Duduk seminit dalam hujan. Masuk kantin. Seminit lagi. Kantin lagi. Berulang-ulang. Tekalah sendiri apa jadi dengan baju itu.
Ayah datang. Dia sebenarnya ternampak aku main hujan. Hehehe! Apa lagi. Meletuplah! Habis basah kusyen kereta tak pasal-pasal. Hohoho! Bukan salah aku aa, salah pemikiran tak betul aku masa kecil-kecil. Padanlah aku susah dibesarkan. Imiginasi aku, imiginasi gila! (Betulke eja imiginasi macam tu? Lupa daa..)
Kini? Aku boleh bermain hujan, buat filem hindustan bawah hujan tanpa takut ayah marah-marah. Dan aku rela mem’padan muka’kan aku sendiri kalau lelah teruk lepas. Hee~ Degilkan. Lelah je. Relekla. Tak main hujan pun lelah juga. Nikmat main hujan, jangan disiakan.
p/s: jangan jadi macam aku eh. Perangai tak senonoh!
Yang penting seronok itu sekali sekala. Dua kali, dua kala. =P
Yang ketiga
Dulu-dulu, aku tak adalah gila dengan kucing. Sekarang pun tak. Cuma ada mak kucing lahirkan anak anak anak (mewakili tiga ekor) anak kucing yang lahir depan bilik aku dalam kotak. Comel? Entah. Kalau baby aku boleh jawab. Kucing, kasi fifahlah. huu~
Dulu-dulu, aku tak ada mana nak namakan anak kucing mahupun mak kucing. Aku tengok jelah. Sekarang, tiba-tiba ada idea nak namakan tiga ekor itu. Hakhakhak.
1. Bulu hitam..nama dia DINI
2. Bulu dia belang belang…nama dia ZUIN
3. Bulu dia tompok…nama dia NOMIN
Aku ada amik gambar, maleh upload. Masa aku amik gambar dan terpaksa off flash, gambar tak clear. Aku tak kejam nak flashkan. Sian mereka, Terkejut kang, buta plak. Masa nak ambil sekali ngan mak, mak dia menyeringai kat aku. Huu..emak memang sayangkan anak. Walaupun keletihan baru lepas melahirkan, tetap berjuang!
Hari ini, ZUIN, DINI, NOMIN…dah hilang!! Waa..mak dia dah bawak lari!
Tadi, Prof Din hantar gambar patient kat hostel aku. Janji pagi, tapi aku paham Prof busy. So, aku tak expect dia boleh jawab call aku. Bila petang, dia call. Uish, dah lah aku tengah tidur. Terpaksa berlakon segar. Hikhikhik. Well, aku pelakon berjaya!
Bayangkan betapa baiknya lecturer aku! Tolong hantarkan. PATUTNYA AKU PERGI AMBIL. Syukur pada ilahi, dan syukran pada prof.
Lepas perjumpaan senior junior, keluar makan. Hadoi! Satu kisah tak patut berlaku. Ada waiter ni, memang aku menyampah sedikit dengan kelakuannya dari dulu. Ada ke patut, bila ambil order duduk semeja dengan pelanggan? Lagi tak patut, makan sekali dengan pelanggan (aku dan kawan akulah tu)! Itu belum kira usik mengusik dia tu.
Menyampah.
Sekali dua tak apa lagi. Ini berkali-kali. Siap bawa makanan makan semeja sekali dengan pelanggan, apa cerita? Minta izin? Kalau aku cakap tak boleh? Cop..cop..sape yang meniaga ni??
Adeh! Tak paham!
Tadi masa amik order, ade insiden tak diingini. Dia memainkan nadiah suruh bangun. Katanya kerusi rosak. Sebenarnya tak. Dia nak lap meja. Cakap awal-awal tak boleh ke. Cakap nak lap, abis cerita. Walaupun cara itu, masih tidak beretika. Macam mana lah nak maju.
Aku yang tengah baca menu dan dah bengang lama, secara spontas menghempas kuat menu tu. Apalah aku ni! Dahsayat betul. Sabar patutnya. Tapi memang tak boleh sabar! Kacau aku, tak ape lagi. Ni kacau nadiah. Biol ke apa. Sorrylah menghempas. Tapi tahap sabar ade limit! (Cerita macam tak ada apa. Tapi, kalau ada kat situasi tu, memang membencikan! Sungguh!)
Akhirnya, dia dok perli-perli aku ‘bekeng’ kata junior aku. Lantak kau lah mamat. Aku bayar apa! Paling beng…ong, masa nak kasi makanan aku. Dia letak jauh-jauh dari meja. Nak balas dendam ke apa? Tak rasional langsung!
Sebenarnya aku risau juga terlepas perangai macam tu. Buatnya dia sihir aku? Dunia hari ini. UNEXPECTED. Semoga ALLAH melindungi aku.
Taekwando.
Masa taekwando tadi, aku borak dengan seorang chinese ni. Dia convert dari buddhit ke kristian. Dia baik. Tapi aku terfikir, kenapa kristian? Kenapa tak islam? Sampai satu tahap, pemikiran kerdil aku terfikir. Kalau cina convert kristian, atau apa-apa agama convert ke kritistian, ok je. On. Tapi kalau ke islam, mesti problem. Famili lah, adi beradiklah. itulah. inilah. Kenapa ya? Ada jawapan tak? Musykil ni.
Sebenarnya, aku nak keluar taekwando. Dan alasan sebenar aku masuk taekwando dulu, tak logik langsung. Takla langsung, cuma agak kurang rasional. Aim yang tidak patut. Dan bila aku tidak boleh melakukan ‘pattern’. seperti satu kebodohan dan kelemahan besar!
Untuk persembahan, aku masih tidak tahu kenapa aku melangkah masuk. Dan aku tidak pasti, kenapa aku tidak boleh bertahan hati dengan janji untuk tidak ada kaitan dengan taekwando lagi. Apalah hikmah tersembunyi..
Kenapa?
Satu kisah kecewa yang ingin aku simpan jauh!
Kenapa tak buang?
Kerana itu kisah hati.
p/s: Ika Chan!! Selamat Hari lahir yang ke 20! Tuanya mu!!!









ari ujan, dan pakai kasut lobang2..
huhu
khud, prof.din mmg dsayangi lah! :p
perangai kita sama ek.. saya pon tak suka apa2 berkaitan dengan pakaian ; basuh baju, jemur kain, lipat seluar hatta nak pergi bercuti pon mak yg tolong simpankan pakaian dalam beg (umo 23). Skang tidak lagi. Bini dah ada, satu anugerah utk menambahkan malas saya! tapi tiba2 bini ditimpa musibah, terpaksa jua menerjunkan diri dalam bidang kain baju nih..adoooii.. hehehe.. best baca cite pasal flashback2 awak nih.. terkenang juga..
hahaha..tak sangka ada jugak perempuan yg tak suka buat kerja2 camtuh..terpegun sebentar den!:P
tapi yg pemikiran budak2 kecik [yg chomel] tu memang tak tahan..memang lebih kurang sama jek kite ek!hohoho…kalau terpikir2 balik masa dah tak bape ‘kecik’ ni, mesti nak tergelak jek!hahaha..lawak..lawak..
eh, hida juga masuk taekwando. huda dah belt apa ye? ^^,
hida pun belt hijau. sama la kita. hehe. hida pun dah stop. xde masa. huhu.
em…teringat memori silam. adeh, dl pun aku tak penah basuh kasut skola. mak yang basuh.
http://mutiarabiru.wordpress.com/