…dan bayi lagi!

Sekarang sedang tunggu habis kerja. Sedang tunggu ingin pulang juga. Lagi penting, tunggu Azah ajak balik amik si kecil itu. Seroooooooonok amat! Hehehe..

Pagi tadi, saya bangun lewat..(subuh pun samalah)! Hari ini juga kena datang awal sebab Dr. Wan ingin berjumpa. (Malangnya dicancel dan dianjakkan ke esok dek kerana dia busy! Tulah kalau dah jadi doktor..doii!) Hee~ So, lepas solat saya bermain dengan si kecil dua orang itu, serooonok amat juga. Heheheh. Berkebetulan emaknya ke Terengganu atas urusan kerja, jadi Azah yang kena menghantar Firyal Dan Rais ke nurseri. (maknanya saya pun ikutlah..hehe).

Azah tidur lewat semalam, jadi saya kesian ingin kejutkan mandi dua orang anak kecil itu. So, saya decide untuk mandikan mereka. (Saya tak pernah mandikan budak kecil, jadinya inilah kali pertama). Tinggalkan seorang, seorang lagi menangis. Hmm~ Saya angkut keduanya masuk ke tandas. Fuh! Mencabar.

Saya mandikan Rais sahulu, kerana nampak Firyal seperti ok menunggu. Dari basahkan, sabunkan, syampukan sampailah keringkan, saya letak di luar dahulu. Kerana seorang lagi menanti di tandas. Bahaya untuk ditinggal. Dan, dengarlah si Rais bertempik gembira walaupun mulut biru dek air mandian yang sejuk. kata Azah mereka berdua sudah biasa dimandikan dengan air sejuk. Kalaulah saya, cari nahas namanya ketika sebesar itu. Hee~ Kesian mak saya.

Firyal pula. Baju saya 1/3 sudah basah dek Rais (campur tidak biasa juga..aduhai!) Apabila dia teramat sejuk, terus dipeluknya saya. Inilah hasilnya, seolah mandi juga. Hehehe. Ketika Firyal, mulut saya juga tidak berhenti, dari menyanyi, memuji bercerita. Sungguh gembira. Tiba-tiba saya terkesan suara sunyi dari Rais. Mengapa?

Tahu mengapa? Wawawaaa…padanlah ketika saya menukar pampers tadi tiada najis. Rupanya belum lagi. Jadi boleh bayangkan apa situasinya? Mujur bukan karpet. Tapi itulah. Berkejar mengambil Firyal, takut jatuh dek lantai basah. Mengangkat Rais juga bimbang dia berjalan merata akan kotorkan satu rumah pula. Saya tangguhkan semula si Firyal, dan mulakan kembali mandikan si Rais. Arghh..masa ni jugalah lipas muncul! Rais sudah menjeri-jerit ketakutan. Saya pula naik panik dengan situasi ini. Akhirnya dia menangis kuat mengejutkan Azah. Mujur. Sudahnya Azah mengambil tugas, saya pakaikan baju si Firyal.

Kemudian saya terbayang satu perkara, saya baru sehari. Kalau ibu yang yang berhari-hari? Saya terfikir juga, sabarkah saya nanti? Layak jugakah saya menjadi ibu? Setakat sukakan kanak-kanak, sudah cukupkah? Aduhai….

Sekarang hampir pulang, sekarang juga ditemani bunyi mesin fotostat meng’copy’ test-test research untuk 15 ini. Moga berjaya ya! Doakan saya juga!!!! (masih buntu hendak pergi atau tidak ppms ni -_-”)

~ oleh INFINITY di Jun 11, 2008.

Tinggalkan jawapan