hariku bersama si kecil..!
Menulis akhirnya hari ini. Gian hendak bercerita. Hee~ Em, mencuri masa bekerja sebenarnya. Tidak apalah, sudah bosan sebenarnya lagaknya. 3,4 hari kebelakangan ini, saya menetap sebentar di rumah azah. Dek kerana itulah, saya tidak melakarkan kata di atas laptop ini. Walau apapun, seronok juga, gian saya kepada seorang bayi terhapus sudah. Kanak-kanak memang penuh dengan dunia imaginasi yang tidak bertepi, bahkan tiada juga istilah SAKIT HATI sekalipun terkadang menangis berebutkan itu ini. Dunia bayi yang penuh dengan kemaafan, dunia bayi yang penuh keikhlasan dan dunia bayi yang menggamit senyuman orang sekitarnya. Yang jarang dunia orang dewasa boleh lakukan.
Kecuaian yang nyata dilakukan saya. Haish! Itulah yang selalu emak saya rungutkan. Mujur juga Allah lintaskan hati saya melihat jadual kursus yang saya ingatkan bermula pada 22 Jun ini. Sebenarnya 14 Jun lagi saya terpaksa bertolak ke Penang. Silap besar tidak melekatkan dalam kotak ingatan sejitunya. Tak lama kecewa pula mula bertandang, antara pameran research yang saya tunggu hampir sebulan, dan juga menjadi ajk orientasi pelajar baru yang saya mohon dan secara tidak sengaja saya terpilih. (Sebenarnya saya tiada hati langsung ingin pergi!)
Entah mana satu ingin pilih, keduanya saya ingin terutamanya research, tapi saya tidak boleh menolak yang satu lagi di saat akhir. Kelak banyak pula masalah bakal timbul. Bimbang juga saya akan dikenakan tindakan tatatertib itu ini. Susah benar membuat penilaian akal. Susah juga mendengar kata hati yang tidak tahu mana betu mana silapnya. Entah. Biarlah masa menentukan keadaan. Nampaknya, jadual hidup saya kebelakangan ini makin huru-hara. Bagaimana lagi???!
Dirumah Azah ada dua orang kanak-kanak comel yang menghiburkan hati Seronok melihat senyuman keduanya. Bangun dari tidur, dua orang manusia ini saya akan cari. Satu perasaan unik melihatkan mereka tertawa. Terkekeh-kekeh. Hati saya mudah benar terusik dengan senyuman bayi. Mudah juga gelisah mendengar batuk mereka. Seperti yang lazim saya lakukan melihat bayi, adalah tangan dan kaki mereka. Betapa kecilnya! Jari kaki yang seperti biji anggur kecil. Owh! Sungguh mengusik hati dewasa saya!

::sentuhan yang mengasyikkan::
Owh, lupa pula. Nama pemilik tangan kecil di atas, Umi Firyal Hajar. Begitu barangkali ejaannya. Lupa pula saya hendak bertanyakan Azah. Ketika gambar ini di rakam, saya dalam usaha menidurkannya. Dan, seorang lagi, Rais..yang nama penuhnya saya tidak pula tahu. Kata Azah lagi, panggilannya Rais adal Ris. Nama glamourlah kononnya. Dan saya pula membayangkan ejaanya ‘rees’. Satu nama yang saya teramat rindu tentangnya. Biarlah. Biarlah nama itu menjadi satu rahsia hati yang akan terpendam jauh. Dia tidak akan dan tidak pernah akan tahu tentang kewujudan laman bicara ini. (Bahkan saya tidak mahu dia tahu pun). Tapi sungguh, saya merinduinya! Melalut sudah, lupakan sajalah ayat terakhir ini..!
Proses menidurkan bayi bukanlah mudah, tapi bukan juga sukar. Hee! Cukup membuatkan saya kena survive dan berfikir bagaimana, bagaimana dan bagaimana hanya untuk satu persoalan…tidurkan mereka. Otak perlu kreatif, suara juga perlu merdu..(penting untuk proses mendodoi). Tapi, dalam melalui proses itu, saya pula entah berapa kali terkekeh seronok! Saya pula tersengih panjang! Bahkan saya juga berguling sama antara mereka -_-”. Firyal di sebelah kiri saya, dan Rais disebelah kanan saya,
::Si Kecil di sebelah kiri::
::dan, si comel disebelah kanan::
Saya yang melebih bergambar! Hahaha..sudah kata, saya peng’upload’ gambar yang sangat berjaya. Proses-proses menidurkan bayi harus ada kepada semua bakal-bakal ibu yang pasti termasuklah saya. hehehe! Yang paling penting disini, mereka perlu kepada botol susu, atau apa-apa sumber makanan. (Jangan buat pada orang dewasa kalau tidak mahu terkena penyakit obesiti ya!). Dan juga suara yang dilunakkan..(tak kisahlah kalau tak sedap, janji ada irama untuk mereka dibuai-buai ke alam mimpi) Yang pasti, bukanlah mudah! Haish! -_-”
Dan telinga yang harus ditahan kalau mereka menangis. Tapi, kalau saya mendengar mereka menangis, setakat inilah, tidak tahu pula nanti..saya tidak boleh mendengar tangisan bayi. Gundah gulanalah hati saya ini. Tangisan seorang yang tidak boleh ditafsirkan mereka mahu apa. Jadi, empati itu [perlu ada, kerana vocal cord mereka masih tidak terlatih untuk bertutur meminta itu ini. Jadi kitalah terpaksa meneka setiap bebelan yang kadang-kadang bermakna, kadang-kadang tidak. Kerana setiap satunya membawa amaran. Tidak tahu juga mereka menjerit bahaya atau tidak selesa atau apa. Ah, dunia bayi…
Nampaknya, saya bukan boleh berjaya kalau terus berangan untuk menidurkan keduanya serentak. Akhirnya, saya larikan yang seorang dan tidurkan Firyal dahulu. Nampaknya tiada tanda akan berjaya. Dan saya ketawa sendiri. Belum boleh jadi ibu nampaknya! Yang paling mencuit hati saya bila susu didalam botol Firyal hanya tinggal beberapa titik, dia menangis! Hanya untuk 2 saat. Kemudian….
::tinggal beberapa titik sebelum menangis 2 saat::
::dan, aik??!::
Yes! Berjaya juga akhirnya! Tinggal seorang lagi..hahaha. Yang sorang ini tak payah pun. Kuncinya, ajak dia berlakon pejam mata, dan akhirnya..keputusan yang menakjubkan. =)

::tinggal lagi seorang!::
::akhirnya tertidur juga..dan saya juga pun sama, hee~!::
Habis cerita mereka. Saya kemudian menunggu mereka bangun pula. Sungguh suasana yang tidak membosankan di kelilingi bayi. (Tapi, tak tahulah kalau sadik sendiri..hehehe!) Bila si Firyal bangun..bukan-bukan, bila saya yang bangun, inilah pula hasilnya..=P
::tutup aurat, tutup aurat..jangan biar dilihat::
::panas dah. bukaklah pulak!::
::jangan makan bedak kak huda tu!!!::
Antara koleksi gambar yang saya rasa seronok untuk diletakkan di sini. Comel sungguh! Juga penuh pengertian tersirat. Apa ya?? Fikirkanlah sendiri!
::air mata entah sebab apa, saya tidak memahami bahasanya::




















OO dah tukar ke wordpress ke. Tak beritau pun, nasib sy check. nanti sy abis exam esok sy tukar link. Apa citer panjangnye sb musabab tukar ke wordpress.
anyway…nak mintak huda wat pembetulan sikit kat blogroll tu..nama sy adzrul bukan adzfar. huhu. camne boleh dpt adzfar tu…
seronok tgk baby2 ni, klu rajin layan kerenah dorng mmg tak perasan masa blalu camtu je.