tangguh-bertangguh!
hee~:-)
Masih ingat ketika saya mencoretkan tentang ketegangan berlaku kerana menunggu??! Hajatnya saya ingin menuliskan semalam, tetapi kerja tangguh-bertangguh memang sudahlah menjadi darah daging, maka inilah hasilnya. Hahaha, sepatutnya cuti-cuti begini lebih masyuk untuk membuat entry baru, kelak akan bergelumang semula dengan segala macam assigmnent yang terlalulah menarik tension untuk mendekat..aduhai!
Contoh tangguh-bertangguh seperti memotong kuku. Dek selalu memotong pada hari jumaat kerana mengikut sunnah, ianya (ianya hanya digunakan untuk orang sahaja) sudahlah menjadi tabiat. Tapi, apabila cuti menjelma, huish. Segalanya pun ikut berubah. Dari hendak memotong pagi, bartangguh akan ke petang, akhirnya dah malam, akhirnya esok. Aduhai, hari isninlah..sunnah juga..hmm~
Antara lain, mengecas hanphone. Ini juga merupakan masalah besar. Mengecas handphone tiada dalam senarai list-to-do lah! Paling teruk, walaupun sudah berbunyi signal amaran ke’weak’anya, hee~ itulah saya..kling..kling, mati terus. Kalau mati dibilik, lepak lagi. Kalau mati ketika di pusat pengajian, masalah besar dowh! Orang pentinglah katakan..
Paling haru, kalau matinya di pagi hari ketika malamnya lewat tidur dek assigment, maka tidaklah berbunyi alarm clock (saya sangat sensitif dengan bunyi handset, walaupun vibration..tidur saya pasti terganggu)..masa tu, kalau itu berlaku..mulalah hangin satu badan, kena pula kalau ada peristiwa-peritiwa penting, habislah..
(
Itulah keburukan kelemahan saya.
Tak kisahlah, kerana saya manusia biasa.
Emm, masih ingat penantian saya pada malam itu. Akhirnya, tiba-tiba satu mesej dari Haz One..
Haz One: salam
Infinity
: assalamualaikum
Haz One: ws wbt
Infinity
: =)
Infinity
: saya tak tahu msj saya berbals ke x, atau pun ada msj masuk
Infinity
: YM! lately ade probs
Infinity
: -_-”
Infinity
: saya berjanji ngn dj faizal malam ni
Infinity
: perlu ke saya tunggu?
Infinity
: dj hazwan..
Infinity
: =)
Infinity
: tak apalah
Infinity
: saya nak offline
Infinity
: apa2 nanti
Infinity
: bgtahu dj faizal saya dh tunggu tapi dia tak ada
Infinity
: =)
Infinity
: em, YM ni tak tentu hala sikit
Infinity
: apahal nanti
Infinity
: suruh dj faizal
Infinity
: mesej sayalah
Infinity
: ok..
Infinity
: **********
Infinity
: =)
Infinity
: assalamualaikum
Haz One: xyah tggu
Infinity
: =)
Infinity
: maaf tau
Infinity
: sampai kt dj faizal
Infinity
: saya minta maaf sangat
Haz One: dj faizal da bgtau dia x dpt on, internet problem
Haz One: dia bgtau postpone
Infinity
: =)
Infinity
: saya ingat saya yang bermasalah
Infinity
: =)
Haz One: mlm esk or bla2 free
Infinity
: tapi bgtahu
Infinity
: via msg is better
Infinity
: ckp kt dj faizal
Infinity
: kalu lps try tak berjaya kalau disebabkan line
Infinity
: saya minta maaf sangat2
Saya tersenyum sendiri, sekalipun sudah menjengah pukul 12, sekurang-kurang saya tahu apa masalahnya. (saya pembenci menunggu dan ditunggu, samada saya akan sedih atau bengang. Namun kali ini adalah sedih, kerana bimbang kesilapan berlaku adalah kerana saya)
Tapi yang menakjubkan, ketika pukul 12 juga dj Faizal online. Dan segalanya kembali lancar! Saya ke bilik kabel semula, memulakan segalanya semula. Ketika bermula teamviewer, saya sangat terkagum sebentar. Rupanya seperti hacker sedang menggodam laptop saya. (Dj Faizal, kalau terbaca ni..hee~ itulah perasaan saya mula-mula. Paling teruk, bila saya kena tengok je cursor tu bergerak ke sana kemari kerana di control oleh orang lain nun jauh disana..hee~)
Dan saya sangat berterima kasih dan ingin menyatakan ini, saya sangat terharu kerana memberi saya peluang dan membantu saya. Bahkan, gagal pula. Lagi menambah perasaan keharuan kepada saya, kerana masih ada peluang kedua. Percayalah, saya akan berbuat sesuatu untuk impian itu! Pasti, walaupun kelak akan gagal lagi. Tapi itulah saya, kedegilan yang nyata. Akhirnya segalanya selesai selewat pukul 3 pagi. Walaupun gagal, perasaan gagal setelah mencuba, kemudian diberi peluang lagi, itu indah..
Terima kasih tak terhingga dari saya.
Huh, habis cerita dua hari semalam. Hahahaa..dan semalam kegilaan mencuba menjadi real. Hee..saya menyatakan pada Ika saya ingin yang amat untuk makan pizza. Dan bila dia kata order melalui online boleh, kami pun apa lagi, tekan sana tekan sini. Wah! Berjaya..(nampak sangat buta it, hahaha). Paling menggelikan hati, tiba-tiba iklan deringan telefon di nasyidfm berbunyi..
Ika: Kak Hud, dengar tu bunyi telefon!
Saya: Telefon apenya, tu bunyi iklan la. Hanphone aku bukan bunyi goni..
Ika dan Paie: Bukan, dengar betul-betul, sek yo telepon tu!
Akhirnya dengan saya turut pelik, dan sebenarnya saya telah tertipu juga saya memang tahu itu iklan nasyidfm. Hari-hari saya mendengarkannya. Takkanlah saya masih tidak tahu.
Apabila bunyi itu habis dan disusuli suara lain, terbahak-bahak kami ketawa. Boleh pula berfikiran macam tu. Ada ke dia boleh call melalui laptop. Memanglah boleh, tapi usm menggunakan proxy. Segalanya di’block’, apatah lagi untuk call-mengecall begini. hahahah..memamng hampeh!
Sudahnya, memang pihak pizza hut menelefon saya, tapi melalui mobile saya sendiri ya! bukannya laptop..hee~ Dan makanlah kami dengan bergumbira sehingga kekenyangan. (walaupun saya hanya boleh menghabiskan pizza hanya satu slice setengah sahaja..habislah dietku!)
Letih menggila mencari test untuk research yang saya sertai..terutamanya bila laptop dibuka, banyak gangguan berlaku..linelah..(sebenarnya, blog, iluvislam, nasyidfm, blog orang lain dan sebagainya..aduss!)
Hee, hari ini saya akan cuba menyiapkan test itu, esok sudah masanya untuk meeting semula..wawawaaaa
p/s: banyak sungguh kebenaran kesilapan ketika post ini ditulis. Kebelakangan ini saya begitu cuai dengan penulisan sendiri. Aduhai..









Tinggalkan jawapan