Entah apa nak cerita. Semalam hati saya tidak tenang dan marah. Maka, saya cuba berjalan-jalan dan saya melepak di perpustakaan. Disana pun saya tidak tahu ingin buat apa. Bertemankan hati yang tidak selesa ini, bersahabatkan laptop sebentar cukup buat saya bertambah geram. Apa tidaknya, saya hendak memilih buku pon terpaksa mengheret laptop ke hulur-hilir. Aduhai, kalau ringan tak apalah juga. Hish.Saya kemudian berteleku di kerusi malas mengambil suratkhabar. Dengan cerita beras yang masih tidak habis. Dengan cerita politik yang makin hari makin menjelakkan minda saya. Dengan kes jenayah yang makin hari makin tidak mampu diterima akal waras saya. Entah! Masih selamatkah lagi tanah yang saya duduki? Itu juga saya tidak tahu. Tidak mengerti.
Paling menarik hati kecil saya tentang UITM yang bakal menawarkan ‘pengajian blog’nya. Benar! Ini bukan lelucon yang sengaja ingin saya adakan. Inilah khilaf alam. Makin ditentang makin teruk jadinya. Dek kerana mulut-mulut tidak berakal mengatakan itu-ini. Kini, terbukti benarnya…
“..mata pena lagi tajam dari mata pedang..”
Maka ingin persoalkan apa lagi? Mungkin ini bukan mata pena. Dan ini layaknya butang huruf yang terdapat pada laptop. Namun kinayahnya sama. Kedua-duanya memberitahu apa yang ingin disamapaikan melalui bentuk penulisan. Silapkah itu? Tidak! Itu pasti! Jika tidak, manakan dapat lahirnya pepatah indah diatas?
Mujur. Mujur saya sudah habis exam. Jika tidak, saya tidak mampu berfikir tenang. Dan setiap kali hati tidak tenang, kepala saya turut juga akan tidak tenang. Migrain yang akan memberi ruang mata untuk tidur. Selesai solat maghrib semalam, saya tidur hingga ke jam 11. Saya memilih untuk bermalam di bilik lama. Dengan harapan saya gembira pulang ke sana. Hati saya jatuh kasih pada bilik ini. Haish. Saya tidur menggila hingga Hadiah kejut makan. Saya mandi, makan dan sambung tidur semula. Sudahnya Isyak saya selesai ketika dinihari. Itu satu hal. Satu hal lagi, saya tetap menyambung tidur. Memang gila! Beku otak juga nanti. Hahaha..=)

Selepas makan tidur. Eloklah tu. Satu lagi perkara yang membimbangkan saya dan mungkin seluruh wanita. Barangkalilah. Kegemukan. Haish! Makin hari makin terasa gemuk. Masalah benar begitu. Hahahah. Namun dek appliance ini, saya masih malas untuk berjogging seperti selalu. Masih malas untuk itu ini tapi saya akan tetap merindui untuk berlatih pingpong. Bilalah rakan partner untuk berlawan akan muncul. Benarlah kata pepatah..
“….sahabat mencerminkan diri kita, siapa sahabat kita, itulah kita…”
Jadi, untuk memiliki peribadi yang mantap, sahabat juga perlu begitu. Sudah menyimpang lagaknya saya ini. Hanya ingin menyatakan saya sedang mencari kawan yang addicted pingpong. Kelak boleh saya berlatih bersama. Tidak perlu lagi habiskan trek jogging petang-petang. Hee~
~ oleh INFINITY di Mei 14, 2008.
Dikirim dalam MIND RELAXER, suara hati
Tq utk comments kat blog saya. Anyway mmg susah jugak codes tu, mmg kena scan balik semua codes bila nak publish new post yg bergambar. Agak leceh tapi sb nakkan function tu so terpaksalah jugak rajinkan diri ni. Maybe saya susah nak blog terlalu kerap sangat dalam sebulan dua ni, tapi kalau ada apa2 benda yg menarik utk dikongsi saya akan bloglah.
Saya add awak dlm list blogs i read saya. Thanks sb visiting ya.
Wassalam.
to dr. Adz : tq juga kerana mengomen di sini! Tak apa..usaha tangga kejayaan! Saya sudah bijak mengendalikan code itu..sedikit bijak sepatutnya -_-”
Dr.?