…sedetik untuk dikenang…
. Tiqah dan saya ketika seminar Bengkel Solat Nabi
Gambar ini pula ketika esoknya saya akan menghadapi kertas anatomi dan fisiologi pendengaran dan pertuturan. Atau dengan kata lainnya, SPEEDIO kebanggaan kami! Tapi saya pun tidak tahu kenapa exam kali ini saya dapat menahan diri dari menangis. Dapat menahan diri dari terlalu stress, dapat menenangkan diri dan yang penting masih ‘relax’ bergembira sehari sebelum.
Bengkel seminar solat. Mantap! Hanya saya saja tidak. Secawan kopi saya habiskan sebelum ke seminar. Takut tertidur. Manusia biasanya begitu. Kalau namanya majlis ilmu, mulalah syaitan bertempek-tempek di mata. Maka, saya pun macam itulah. Baru sepuluh minit program bermula, mata saya menunjukkan tanda-tanda mengantuk yang nyata. Mujur ada Tiqah. Dapatlah saya ber’trademark’ dengannya. Hehehe..hanya saya, roomate dan mereka-mereka tertentu sahaja mengerti apa itu ‘bicara trademark’. Tersenyum saya sebentar sekarang.
. Bubur yang tidak memerlukan kunyahan padat. Lega!
Hmm..yang ini pula selepas paper SPEEDIO tadilah. Betul-betul masa bergembira. Pertama kerana sudah melepasi ‘killer’ subjek. Yang kedua kerana kertas hantu ini sudah tidak lagi menghantui. Dan, yang ketiga ulser saya semakin sembuh maka dapatlah saya menelan bubur ayamas enak bangat ini (walaupun selama ini saya rasa biasa..benarlah manusia akan lebih menghargai setelah tidak dapat menikmati). Beria saya makan. Ketawa dan tersengih sepanjang sesi. Semua makanan kawan-kawan saya rasa walaupun kunyahan ‘open bite’ ini tidak berapa membenarkan. Ahh, peduli apa saya! Saya lapar, itu yang pasti. Kesakitan jika tidak patuh, itu juga pasti. Manusia..manusia..
. Kombinasi mantap jingga dan ‘pink. Dari kiri YB Huda (saya), YB Azah, Naddy dan Fifah
Bergambar didepan tong sampah. Hahaha..itulah layaknya gelaran gambar ini. Dek kerana tiada orang yang boleh dipinta bantuan untuk diambil gambar. Maka, saya mengambil keputusan untuk ‘own timer’kan sendiri. Tempat yang sesuai kamera diletak adalah atas tong sampah. Maka tersenyumlah didepan tong sampah kami sekejap. Clinical yang menyeronokkan juga habis ketika ini.
Saya dan YB Azah secara tidak sengaja mengenakan warna jingga manakala naddy dan fifah pulah merah jambu. Sayangnya saya memakai t-shirt. Dek kerana kesejukan melampau dan saya tidak mahu membawa baju sejuk ke dewan peperiksaan kerana ingin melenggang ke sana jadi saya memilih berbaju T ini. Mudah, haba juga terbekal mudah. Barangkali kerana psiko minda saya juga. Tidak tahulah kalau ada percaturan kiraan fizik yang membenarkan tanggapan saya.
Dan, hari ini. Selesai sudah perjuangan sem 2 saya ini. Moga yang terbaik menanti dan pertolongan Allah mengiringi. Saya ‘terpaksa’ berjuang untuk Biro Tatanegara yang memang saya tidak mahu pergi walaupun ramai mengatan ianya menarik. Katalah apa sekalipun, andai hati saya sudah nekad berpegang putih, maka sukar untuk ditukarkan walaupun tukarannya untuk ‘hampir ‘ dengan putih. Degil benar saya. Dan itu yang selalu emak saya katakan…rindu emak!
Masa untuk berkemas pula..aduhai~










a tough u.berjalan sendiri dgn asma.kmudian ke kuliah physio pg tu.ngn jubah.huhu.
sengih dpn tong syampah.husyish.sape lah..
p/s: khud,nad tau ‘rakan trademark’ itu!